Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden

4.2  Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden
 
Jadual Berkala Unsur Moden
  • Merupakan satu bentuk pengelasan unsur secara sistematik mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
 
Susunan Unsur Jadual Berkala Unsur Moden
  • Susunan unsur dibincangkan dari aspek kumpulan, kala, nombor proton dan susunan elektron.
  • Lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur dinamakan sebagai Kumpulan.
  • Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur.

Imej ini memaparkan tiga lajur yang menerangkan tentang kumpulan elemen dalam jadual berkala. - Lajur pertama berlabel ‘1’ dan menerangkan bahawa elemen dalam Kumpulan 1 (Li, Na, K, Rb, Cs, Fr) dikenali sebagai logam alkali. - Lajur kedua berlabel ‘2’ dan menerangkan bahawa elemen dalam Kumpulan 2 (Be, Mg, Ca, Sr, Ba, Ra) dikenali sebagai logam alkali tanah. - Lajur ketiga berlabel ‘3’ dan menerangkan bahawa elemen dalam Kumpulan 17 (F, Cl, Br, I, At) dikenali sebagai halogen.

  • Kedudukan kumpulan sesuatu unsur ditentukan oleh bilangan elektron valens.
  • Baris mengufuk dalam Jadual Berkala Unsur dinamakan sebagai Kala.
  • Terdapat tujuh kala dalam Jadual Berkala Unsur.
  • Kedudukan kala sesuatu unsur ditentukan oleh bilangan petala yang berisi elektron.
 
Kedudukan Kumpulan Unsur
Dengan satu atau dua elektron valens Dengan tiga hingga lapan elektron valens
Kumpulan = Bilangan elektron valens Kumpulan= Bilangan elektron valens + 10
 
Hubungan antara Nombor Proton dengan Kedudukan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur
Unsur Nombor Proton Susunan Elektron Elektron Valens Kumpulan Bilangan Petala Berisi Elektron Kala
Litium, Li 3 2.1 1 1 2 2
Kalsium, Ca 20 2.8.8.2 2 2 4 4
Aluminium, Al 13 2.8.3 3 3 + 10 = 13 3 3
Silikon, Si 14 2.8.4 4 4 + 10 = 14 3 3
Nitrogen, N 7 2.5 5 5 + 10 = 15 2 2
Oksigen, O 8 2.6 6 6 + 10 = 16 2 2
Bromin, Br 35 2.8.18.7 7 7 + 10 = 17 4 4
Kripton, Kr 36 2.8.18.8 8 8 + 10 = 18 4 4