Komponen Penulisan

1 Komponen Penulisan
 

Terdapat tiga komponen yang penting dalam penulisan iaitu

 
Pengenalan
 
  • Di dalam pengenalan atau pendahuluan pelajar perlu memberi definisi atau huraian ringkas mengenai tema karangan dan isi yang ditulis. 
  • Berikut ialah contoh-contoh ayat pengenalan.
 

Ayat rangsangan

  • Menyentuh tema penulisan secara umum
  • Menjelaskan definisi karangan tersebut
 

Ayat arahan

  • Membincang kehendak soalan
    • Faedah
    • Kepentingan
    • Faktor
    • Cara
 
Isi
 
  • Isi atau kandungan adalah di mana pelajar menyatakan dan menerangkan segala isi-isi penting untuk menyokong tema penulisan tersebut.
  • Jika penulisan itu mengenai kebaikan bersukan, pelajar perlu memberikan faedah bersukan dan huraikan faedah tersebut.
  • Berikut ialah struktur yang boleh digunakan ketika menjawab bahagian kandungan.
 

Ayat Judul

  • Menyatakan isi penting
  • Contoh ayat;
    • Dengan bersukan kita dapat  \(\underline{\hspace{1cm}}\)  (nyatakan kebaikan bersukan)

    • Kita dapat \(\underline{\hspace{1cm}}\) jika kita bersukan (nyatakan kebaikan bersukan)

 

Ayat Huraian

  • Menghuraikan isi yang telah diberi
  • Contoh ayat;
    • Hal ini kerana \(\underline{\hspace{1cm}}\) (jelaskan mengenai isi yang diberi)

    • Hal ini dikatakan \(\underline{\hspace{1cm}}\) (jelaskan mengenai isi yang diberi)

 

Ayat Contoh

  • Digunakan untuk memberi contoh 
  • Contoh ayat;
    • Sebagai contoh, \(\underline{\hspace{1cm}}\) (beri contoh kepada isi yang dikemukakan )

      Contohnya, \(\underline{\hspace{1cm}}\)

      Misalnya, \(\underline{\hspace{1cm}}\)

 

Ayat Penegas

  • Digunakan untuk memberikan penegasan kepada isi yang diberi
  • Contoh ayat;
    • Dengan ini, \(\underline{\hspace{1cm}}\)
     
Penutup
 
  • Penutup berfungsi untuk merumuskan segala perkara yang telah dihuraikan didalam isi dan memberi konklusi kepada penulisan ini.
  • Berikut ialah contoh ayat penutup yang boleh digunakan.
 

Ayat Kesimpulan

  • Memberi pendapat secara keseluruhan
  • Contoh ayat;
    • Kesimpulannya aktiviti bersukan ini memang berfaedah untuk dilakukan.
 

Ayat Cadangan

  • Memberi cadangan untuk mengatasi perkara yang dibincangkan
  • Contoh ayat;
    • Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini.
 

Ayat Pendapat

  • Memberikan pendapat tentang sesuatu perkara
  • Contoh ayat;
    • Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlulah mengambil bahagian dalam memajukan sektor ekonomi negara.
 

Ayat Penilaian

  • Membuat penilaian tentang sesuatu perkara
  • Contoh ayat;
    • Kita hendaklah bersukan kerana ianya dapat mendatangkan kebaikan kepada seseorang.
 

Ayat Harapan

  • Mengandungi harapan penulis terhadap sesuatu perkara
  • Contoh ayat;
    • Semua rakyat diharapkan dapat bersenam  pada masa lapang untuk menjaga kesihatan mereka.