Kata seru

 
Di topik ini pelajar dapat belajar cara untuk mengenal pasti kata seru dalam ayat dan mengenal pasti cara yang betul untuk menggunakan kata seru dalam ayat.
 
Makna kata seru
 
  • Kata seru merupakan kata yang digunakan untuk meluahkan perasaan seseorang.
  • Intonasi orang yang bertutur menggunakan kata seru adalah nada meninggi atau menurun.
 
  • Kata seru merupakan kata tugas yang digunakan untuk membentuk ayat seruan dan setiap ayat seruan akan berakhir dengan tanda seru "!".
  • Berikun adalah contoh kata dan ayat seru.
 

 

Aduh

Penggunaanya Ayat contoh
Meluahkan perasaan sakit dan kagum

Aduh, sakitnya kepalaku !

Aduh besar sungguh rumah kamu !

 

Wah / Amboi

Penggunaanya Ayat contoh
Digunakan untuk meluahkan perasaan kagum atau terkejut

Wah indah betul pemandangan pantai ini !

Amboi mahal sungguh baju itu !

 

Syabas

Penggunaanya Ayat contoh
Digunakan untuk meluahkan perasaan gembira atau apabila mengucapkan tahniah kepada seseorang

Syabas kerana telah berjaya mencapai cita-cita awak !

Syabas kerana berjaya menamatkan khusus itu !

 

Cis / Nah

Penggunaanya Ayat contoh
Digunakan untuk meluahkan perasaan marah atau benci

Cis, berani kau datang ke sini !

Nah ambil balik barang engkau !

 

 Hai 

Penggunaanya Ayat contoh
Digunakan semasa menegur seseorang atau mahu menarik perhatian

Hai, awak apa khabar !

Hai, tolong perlahankan suara kamu semua !

 

Oh / Eh 

Penggunaanya Ayat contoh
Digunakan semasa mengingati sesuatu yang lupa atau terkejut

Eh, kamu sudah sampai !

Oh, rupa-rupanya kamulah yang menulis surat itu !