10: Kata Majmuk

10 Kata Majmuk
 
Dalam topik ini kita akan membicangkan apakah makna kata majmuk dan jenis-jenis kata majmuk.
 
DEFINISI
  • Kata majmuk berlaku apabila dua atau lebih kata dasar dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu.
  • Terdapat kata majmuk yang bercantum dan terpisah.
 
 
Kata Majmuk Rangkai Kata bebas
  • Perkataan dalam kata majmuk ini mempunyai makna yang tersendiri dan tiada hubungan antara perkataan pertama dengan perkataan kedua.
  • Berikut adalah contoh kata majmuk rangkai kata bebas. 
 

Antara contoh kata majmuk rangkai kata bebas ialah :

  • Alat tulis 
  • Tengah hari
  • Biru laut
  • Kapal terbang
  • Air hujan
 
Kata Majmuk Istilah Khusus
  • Kata majmuk istilah khusus terdiri daripada kata yang digunakan untuk merujuk kepada istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu.
  • Selalunya kata ini digunakan dalam bidang sains, matematik dan geografi.
  • Contoh perkataan yang mengunakan kata majmuk istilah khusus boleh dilihat di bawah.
 
Jangka lukis  Mata pelajaran
Reka bentuk  Kata lengkap 
Segi tiga   Kertas kerja 
Pita suara  Hak milik 
 
Kata Majmuk Simpulan Bahasa
  • Kata majmuk simpulan bahasa merupakan kata yang terhasil dari pengunaan simpulan bahasa.
  • Kebanyakan peribahasa adalah dalam bentuk kata majmuk. 
  • Contoh peribahasa yang terdapat dalam kata majmuk simpulan bahasa boleh dilihat dibawah.
Simpulan Bahasa Maksud Contoh ayat
Buah Hati Orang yang disayangi atau kekasih Siti akan pergi ke bandar untuk berjumpa dengan buah hati dia   
Kaki ayam Tidak pakai kasut  Aiman terpaksa berkaki ayam semasa pulang ke rumah kerana selipar beliau hilang di masjid 
Bulat fikiran  Mengambil keputusan yang tetap Pihak kerajaan telah bulat fikiran untuk melanjutkan cuti akhir tahun atas sebab-sebab tertentu.
Ulat buku  Seseorang yang rajin membaca atau suka membaca Saleha dipanggil ulat buku oleh rakan-rakannya kerana dia suka membaca buku
 
Penggandaan Kata majmuk
  • Penggandaan kata majmuk berlaku apabila kata majmuk digandakan dan ianya hanya melibatkan kata yang pertama.
  • Penggandaan boleh juga berlaku kepada simpulan bahasa dan bentuk yang sudah mantap tetapi ianya akan melibatkan kesuluruhan kata tersebut.
 
Contoh penggandaan kata majmuk yang melibatkan kata yang pertama
 
Kata tunggal Kata jamak
Ketua kelas Ketua-ketua kelas 
Balai raya Balai-balai raya 
Orang tua Orang-orang tua
 
Contoh penggandaan kata majmuk yang melibatkan bentul yang sudah lengkap
 
Kata tunggal Kata jamak
Pesuruhjaya Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Setiausaha Setiausaha-setiausaha
Jawatankuasa Jawatankuasa-jawatankuasa
 
Kata Majmuk Mantap
Kata majmuk yang sudah mantap merupakan perkataan yang biasanya dieja sebagai satu perkataan. Dibawah ialah contoh kata yang dieja sebagai satu perkataan
 
Jawatankuasa Olahraga
Matahari Kakitangan
Olahraga Sukarela
Pesuruhjaya Beritahu
Tandatangan Kerjasama