|
||
|
||
![]() ![]() |
||
Aduh
| Penggunaanya | Ayat contoh |
| Meluahkan perasaan sakit dan kagum |
Aduh, sakitnya kepalaku ! Aduh besar sungguh rumah kamu ! |
Wah / Amboi
| Penggunaanya | Ayat contoh |
| Digunakan untuk meluahkan perasaan kagum atau terkejut |
Wah indah betul pemandangan pantai ini ! Amboi mahal sungguh baju itu ! |
Syabas
| Penggunaanya | Ayat contoh |
| Digunakan untuk meluahkan perasaan gembira atau apabila mengucapkan tahniah kepada seseorang |
Syabas kerana telah berjaya mencapai cita-cita awak ! Syabas kerana berjaya menamatkan khusus itu ! |
Cis / Nah
| Penggunaanya | Ayat contoh |
| Digunakan untuk meluahkan perasaan marah atau benci |
Cis, berani kau datang ke sini ! Nah ambil balik barang engkau ! |
Hai
| Penggunaanya | Ayat contoh |
| Digunakan semasa menegur seseorang atau mahu menarik perhatian |
Hai, awak apa khabar ! Hai, tolong perlahankan suara kamu semua ! |
Oh / Eh
| Penggunaanya | Ayat contoh |
| Digunakan semasa mengingati sesuatu yang lupa atau terkejut |
Eh, kamu sudah sampai ! Oh, rupa-rupanya kamulah yang menulis surat itu ! |

