5.15
|
||
|
||
| Komponen Peribahasa | ||
|
| Simpulan Bahasa |
|
Simpulan Bahasa
|
|
Berikut adalah contoh simpulan bahasa dan contoh ayat yang menggunakannya. |
Berat hati
| Maksud | Contoh Ayat |
| Tidak sampai hati | Mak Munah berat hati untuk melepaskan anaknya yang hendak menyambung belajar di negara lain. |
Buta huruf
| Maksud | Contoh Ayat |
| Tidak tahu membaca dan menulis | Walaupun Chong buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran |
Lupa diri
| Maksud | Contoh Ayat |
| Tidak ingat akan asal usul | Semenjak bergelar jutawan Aiman telah lupa diri dan mengabaikan keluar dia di kampung. |
Khabar angin
| Maksud | Contoh Ayat |
| Berita yang tidak sah | Terdapat khabar angin yang mengatakan penghulu kampung itu terbabit dalam kes jenayah. |
| Bidalan |
|
Membuang garam ke laut
| Maksud | Contoh ayat |
| Melakukan pekerjaan yang sia-sia | Pak Abu masih membersihkan tanah yang gersang itu dengan harapan tanah itu akan menjadi subur. Tindakan pak Abu boleh dikatakan bagai mencurah garam ke laut |
Melepaskan batuk di tangga
| Maksud | Contoh ayat |
| Membuat kerja yang tidak habis | Aiman suka membuat tugasan yang diberi oleh gurunya separuh jalan, ianya boleh di ibarat kan seperti mepelaskan batuk di tangga |
Masuk ke telinga kanan keluar di telinga kiri
| Maksud | Contoh ayat |
| Tidak menerima nasihat yang diberikan | "Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri adik ini" kerana setiap nasihat yang ibu berikan tidak diendahkan |
Musang berbulu ayam
| Maksud | Contoh ayat |
| Orang jahat berpura-pura baik | "Kamu perlu berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali berkemungkinan mereka adalah musang berbulu ayam" nasihat ibu kepada kami |
| Perumpamaan |
|
| Perumpamaan | Makna perumpamaan |
| Seperti katak di bawah tempurung | Orang yang mempunyai pengetahuan yang terhad |
| Bagai bertepuk sebelah tangan | Cinta yang tidak berbalas |
| Bagai tikus membaiki labu | Membaiki barang yang rosak tapi tidak mempunyai ilmu dan menyebabkan barang menjadi lebih rosak |
| Bagai melepaskan batuk di tangga | Membuat kerja sambil lewa atau buat kerja tidak habis |
| Bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing | Sikap suka mementingkan diri sendiri dan tiada persefahaman dalam melakukan sesuatu kerja |
| Peribahasa | ||||||||||
|
||||||||||
|
