Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Organisma Hidup

3.3

Pengangkutan Aktif dan Pengangkutan Pasif dalam Organisma Hidup
Pengangkutan Pasif
Pengangkutan pasif dalam organisma berlaku semasa:
Pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah melalui resapan ringkas
Penyerapan semula air berlaku secara osmosis melalui tubul renal di ginjal
Penyerapan air oleh sel akar rambut tumbuhan melalui osmosis
Penyerapan molekul fruktosa berlaku secara resapan berbantu di vilus
Pengangkutan Aktif
Pengangkutan aktif dalam organisma berlaku semasa:
Penyerapan glukosa dan asid amino dalam vilus
Penyerapan semula glukosa dalam tubul renal di ginjal
Pengangkutan sukrosa dari daun ke tisu floem
Penyerapan ion mineral oleh sel akar rambut tumbuhan
Larutan Isotonik
Larutan yang mempunyai kepekatan zat terlarut sama dengan kepekatan air
Larutan Hipotonik
Larutan yang mempunyai kepekatan zat terlarut yang rendah
Larutan Hipertonik
Larutan yang mempunyai kepekatan zat terlarut yang tinggi
Kesan Larutan Hipotonik, Hpertonik dan Isotonik Terhadap Sel Haiwan
Kesan Larutan Hipotonik
Apabila sel darah merah berada dalam larutan hipotonik, air meresap masuk ke dalam sel secara osmosis, menyebabkan sel mengembang dan akhirnya meletus
Ini adalah kerana membran plasma adalah terlalu nipis untuk menahan tekanan osmosis yang terhasil dalam sel
Peletusan sel darah merah dikenali sebagai hemolisis
Kesan Larutan Hipertonik
Apabila sel darah merah dimasukkan ke dalam larutan hipertonik, air meresap keluar dari sel secara osmosis
Hal ini menyebabkan sel mengecut
Sel darah merah dikatakan mengalami krenasi
Kesan Larutan Isotonik
Air meresap masuk ke dalam dan ke luar sel secara osmosis pada kadar yang sama
Tiada pergerakan bersih air merentasi membran plasma
Sel mengekalkan bentuk normalnya
Kesan Larutan Hipotonik, Hpertonik dan Isotonik Terhadap Sel Tumbuhan
Kesan Larutan Hipotonik
Apabila sel tumbuhan dimasukkan ke dalam larutan hipotonik, air meresap ke dalam vakuol secara osmosis
Ini menyebabkan vakuol mengembang dan menolak sitoplasma serta membran plasma ke dinding sel
Dalam keadaan ini, sel dikatakan berada dalam keadaan segah
Sel tumbuhan tidak meletus kerana dinding sel adalah tegar dan kuat
Tekanan segah adalah penting kepada sel tumbuhan kerana dapat memberikan sokongan dan mengekalkan bentuk sel
Kesegahan sel menyebabkan sel pengawal mengembang supaya stoma terbuka untuk fotosintesis
Kesan Larutan Hipertonik
Apabila sel tumbuhan dimasukkan ke dalam larutan hipertonik, air meresap keluar dari vakuol secara osmosis
Vakuol mengecil dan sitoplasma mengecut menyebabkan membran plasma tertarik daripada dinding sel
Fenomena ini dinamakan plasmolisis
Plasmolisis menyebabkan daun dan batang terlentur ke bawah
Kelayuan berlaku
Sel tumbuhan yang mengalami plasmolisis boleh menjadi segah semula sekiranya sel tersebut dipindahkan ke dalam larutan hipotonik dengan segera
Sel dikatakan mengalami deplasmolisis
Kesan Larutan Isotonik
Apabila sap sel tumbuhan dan larutan di luar bersifat isotonik, keupayaan air adalah sama
Pergerakan air meresap ke dalam dan ke luar sel adalah sama
Sel berada dalam keadaan flasid

Bab : Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Topik : Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Organisma Hidup
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Struktur Membran Plasma
Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dan Aplikasinya dalam Kehidupan Seharian
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Proses Hidup Organisma Multisel
Laporkan nota ini
Peperiksaan Bermasa
Persiapkan diri untuk peperiksaan dengan Kertas Peperiksaan sebenar
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun