Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Struktur Membran Plasma
Struktur Membran Plasma
3.1
Struktur Membran Plasma
Keperluan Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Sel hidup memerlukan bahan dari persekitaran luar untuk menjalankan proses hidup.
Pada masa yang sama, proses metabolisme dalam sel menghasilkan bahan buangan yang perlu disingkirkan daripada sel.
Bagi meneruskan proses hidup, sel mesti membenarkan sesetengah bahan masuk dan keluar daripada sel.
Pergerakan bahan masuk dan keluar sel dikawal atur oleh membran plasma.
Struktur Membran Plasma
Struktur membran plasma adalah mengikut model mozek bendalir.
Model ini terdiri daripada molekul protein terapung dalam dwilapisan fosfolipid membentuk satu corak mozek yang sentiasa berubah-ubah.
Setiap molekul fosfolipid terdiri daripada bahagian kepala berkutub yang bersifat hidrofilik (tertarik kepada air) dan bahagian ekor tidak berkutub yang bersifat hidrofobik (tidak tertarik kepada air).
Bahagian kepala molekul fosfolipid di lapisan luar menghala ke arah bendalir di luar sel sementara bahagian kepala fosfolipid lapisan dalam menghala ke arah sitoplasma.
Bahagian ekor molekul fosfolipid kedua-dua lapisan menghadap satu sama lain.
Terdapat pelbagai jenis molekul protein yang terbenam sama ada separa atau sepenuhnya di dalam membran.
Molekul-molekul protein ini berselerak secara meluas di antara dwilapisan fosfolipid.
Molekul protein yang mempunyai liang atau terusan disebut protein liang manakala molekul protein yang berfungsi sebagai pembawa disebut protein pembawa.
Sesetengah protein dan lipid mengandungi rantai karbohidrat terlekat padanya dan disebut glikoprotein dan glikolipid.
Glikoprotein dan glikolipid bertindak sebagai molekul reseptor untuk hormon seperti insulin, menstabilkan membran dengan membentuk ikatan hidrogen bersama air dan bertindak sebagai antigen bagi membolehkan pengecaman sel.
Terdapat molekul kolesterol di antara molekul fosfolipid.
Kolesterol menjadikan dwilapisan kuat, lebih fleksibel dan kurang telap terhadap bahan larut air seperti ion.
Dwilapisan fosfolipid, protein dan kolesterol tidak statik tetapi membentuk satu struktur yang dinamik dan fleksibel.
Sifat ini menyebabkan membran plasma mempunyai sifat ‘bendalir’ dan menjadikan membran plasma lebih fleksibel.
Sifat Ketelapan Membran Plasma
Membran plasma adalah separa telap kerana ia hanya membenarkan molekul tertentu atai ion untuk merentasinya melalui resapan ringkas.

Bab : Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Topik : Struktur Membran Plasma
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Organisma Hidup
Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dan Aplikasinya dalam Kehidupan Seharian
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Proses Hidup Organisma Multisel
Laporkan nota ini
Peperiksaan Bermasa
Persiapkan diri untuk peperiksaan dengan Kertas Peperiksaan sebenar
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun