10 |
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah |
|
|
Takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah |
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi'in serta tabi' tabi'in dalam prinsip aqidah, syariah dan akhlak. |
|
|
Prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah |
- Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.
- Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukan atau tidak serta dihitung baginya dosa dan pahala.
- Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan As-Sunnah antaranya termasuklah persoalan-persoalan kubur hari akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya.
- Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud, sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya.
- Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya, termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman.
- Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat Allah kepada manusia.
|
|
|
Aliran yang Bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah |
Sejarah |
Syiah |
Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja yang layak memegang jawatan khalifah. |
Khawarij |
Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim. |
Mu'tazilah
|
Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil Bin Ata' setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan gurunya iaitu Hasan Al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar. |
|
|
Aliran |
- Prinsip Utama
- Meyakini bahawa Al-Imamah merupakan rukun agama dan telah ditentukan oleh Allah SWT melalui lisan rasulNya secara nas.
- Meyakini bahawa imam-imam adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar.
- Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah.
- Mengamalkan At-Taqiyyah iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan menempatkan sesuatu yang berbeza dengan hakikat sebenarnya.
- Menambah nama Saidina Ali RA dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.
|
- Prinsip Utama
- Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja daripada kaum muslimin yang layak.
- Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali telah melakukan dosa besar serta kufur kerana bersetuju mengadakan Majlis Tahkim.
- Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil.
- Beriktiqad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir.
|
- Prinsip Utama
- At-Tauhid: Menafikan sifat ma'ani pada zat Allah SWT.
- Al-Adl: Meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah.
- Al-Wa'du Wal Wa'iid: Meyakini bahawa Allah SWT wajib memberikan balasan baik kepada orang yang taat dan ancaman azab kepada orang yang melakukan maksiat.
- Al-Manzilah Bainal Manzilain: Meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal dalam neraka.
- Al-Amru Bil Makrufi Wannahyu 'Anil Mungkar: Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah keburukan adalah wajib ditegakkan dalam keadaan apa sekalipun.
|
|
|
Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Aliran yang Bertentangan Dengannya Tentang Beberapa Isu |
Isu |
Ahli Sunnah Wal Jamaah |
Aliran Lain |
Adakah Al-Quran makhluk? |
Meyakini bahawa Al-Quran ialah Kalamullah yang bersifat qadim (sedia ada). |
Mu'tazilah: Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk yang bersifat hadis (baru). |
Melihat Allah SWT |
Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT di akhirat kelak. |
Mu'tazilah: Mengatakan mustahil makhluk boleh melihat Allah kerana Allah tidak menyerupai makhluk. |
Pelaku dosa besar |
Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin, bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak bertaubat. |
Khawarij: Pelaku dosa besar diangap kafir.
Mu'tazilah: Pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal dalam neraka. |
Qada' dan Qadar |
Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datang daripada Allah dan Allah mengurniakan manusia akal untuk berfikir dengan berikhtiar untuk memilih antara baik dengan buruk. |
Mu'tazilah: Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datangnya daripada manusia semata-mata. |
Kedudukan Iman |
Mempercayai bahawa iman boleh bertambah dan berkurang bergantung pada amal soleh dan maksiat yang dilakukan. |
Khawarij dan Mu'tazilah: Iman tidak boleh bertambah dan berkurang. Iman ada apabila melakukan kebaikan dan iman hilang apabila melakukan kemungkaran. |
|