|
6 |
Kepelbagaian Bangsa dalam Islam |
|
|
Baca dengan Betul, Lancar, Bertajwid dan Fasih: Surah Al-Hujurat, Ayat 13 |
يا أَيُّهَا النّاسُ إِنّا خَلَقناكُم مِن ذَكَرٍ وَأُنثىٰ وَجَعَلناكُم شُعوبًا وَقَبائِلَ لِتَعارَفوا ۚ إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللَّهِ أَتقاكُم ۚ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ(١٣) |
|
|
Potongan Ayat |
Maksud |
يا أَيُّهَا النّاسُ إِنّا خَلَقناكُم مِن ذَكَرٍ وَأُنثىٰ
|
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, |
وَجَعَلناكُم شُعوبًا وَقَبائِلَ لِتَعارَفوا
|
Dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa & berpuak-puak, supaya kamu saling berkenalan, |
إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللَّهِ أَتقاكُم
|
Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa, |
(١٣) إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ
|
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. |
|
|
Sebab Turun Ayat |
- Menurut Ibnu 'Abbas RA, Rasulullah SAW meminta Saidina Bilal Bin Rabbah RA melaungkan azan semasa pembukaan Kota Mekah.
- Terdapat sahabat yang telah memandang rendah kepada Saidina Bilal RA.
- Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW perbuatan para sahabat tersebut lalu Rasulullah SAW memanggil mereka & bertanyakan tentang tindakan mereka
- Lalu turunlah ayat ini: (الجَامِع لأَحْكامِ الْقُرْآن)
|
|
|
Kandungan Ayat |
- Tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa.
- Keutamaan taqwa.
|
|