|
9 |
Allah SWT Maha Mengawasi dan Maha Menyaksikan |
|
|
Maksud Ar-Raqiib |
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk. |
|
|
Dalil Naqli Nama Allah SWT, Ar-Raqiib |
Allah SWT Berfirman dalam Surah Al-Maidah, ayat 117: |
ۖ فَلَمّا تَوَفَّيتَني كُنتَ أَنتَ الرَّقيبَ عَلَيهِم ۚ وَأَنتَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ....
Maksud: Kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohKu, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu. |
Abdullah bin As-Somit RA Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda: |
أفْضَلُ الإيمان : أنْ تَعْلَمَ أَنَّ اللهَ مَعَكَ حَيثُ مَا كُنتَ
Maksud: Iman yang paling afdal bahawa engkau mengetahui Allah bersamamu walau dimana pun engkau berada. |
|
|
Bukti Allah SWT Bersifat Ar-Raqiib |
Allah SWT Maha Mengawasi Manusia dalam Aspek Kepatuhan kepada Perintah dan LaranganNya |
يَمِينُكَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ رَّقِيبًۭا...
Maksud: Allah sentiasa mengawasi setiap sesuatu. (Surah Al-Ahzab, ayat 52) |
Allah SWT Sentiasa Mengawasi Manusia dalam Aspek Hubungan Sesama Manusia |
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا
Maksud: Allah sentiasa mengawasi kamu. (Surah An-Nisa, ayat 1) |
|
|
Maksud Asy-Syahiid |
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya. |
|
|
Dalil Naqli Nama Allah SWT, Asy-Syahiid |
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An'am, ayat 19: |
... قُل أَيُّ شَيءٍ أَكبَرُ شَهادَةً ۖ قُلِ اللَّهُ ۖ شَهيدٌ بَيني وَبَينَكُم
Maksud: Bertanyalah, "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?". Katakanlah, Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu. |
Abu Hurairah RA Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda: |
قال أبو هريرة رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «استفهموا، فإن رجلًا من بني إسرائيل استلف من رجل منهم ألف دينار، فقال: ائتني بشاهد يشهد أني قد أقرضتك ألف دينار، فقال: حسبك الله شهيدًا»
Maksud: Bertanyalah, sesungguhnya seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta daripada salah seorang mereka untuk meminjam wang sebanyak 1000 dinar. Maka dia pun mengatakan, "Datangkan kepadaku seorang saksi agar dia menyaksikan bahawa kamu telah meminjam daripadaku seribu dinar. Maka lelaki tersebut pun menjawab, "Cukuplah hanya Allah menjadi saksi." (Riwayat Al-Bukhari) |
|