|
Maksud dan Hukum Solat Sunat Tasbih |
- Maksud: Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat.
- Hukum: Sunat
|
|
|
Dalil Naqli Solat Sunat Tasbih |
Rasulullah mengajar kepada Al-Abbas RA tentang amalan yang dapat menghapuskan dosa:
Sabda Rasulullah SAW: "Engkau solat sebanyak 4 rakaat, engkau baca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan surah. Apabila engkau telah selesai membacanya pada rakaat pertama dan ketika itu engkau masih berdiri, maka ucapkanlah 15 kali "سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ" kemudian engkau rukuk dan bacalah (zikir tersebut) sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit daripada ruku' dan bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangkit daripada sujud bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud semula, bacalah sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit daripada sujud bacalah sebanyak 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang engkau lakukan sebanyak 4 rakaat. Kalau engkau mampu untuk menunaikannya, maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu, maka lakukanlah pada setiap hari Jumaat. Kalau tidak mampu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali seumur hidup." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tarmizi) |
|
|
Hikmah Menunaikan Solat Sunat Tasbih |
- Mendapat keampunan kerana mengamalkan sunnah Rasulullah.
- Meraih ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana banyak bertasbih.
- Memberi ketenangan jiwa kerana banyak berzikir kepada Allah SWT.
|
|
|
Kaifiat Solat Sunat Tasbih dengan Satu Salam |
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta'ala. |
4 rakaat 1 salam sekiranya dilakukan pada waktu siang. |
Bersendirian atau berjemaah. |
Rakaat |
Setiap rakaat |
Bacaan |
Rakaat Pertama |
- Rukuk - tasbih 10 kali.
- Iktidal - tasbih 10 kali.
- Sujud - tasbih 10 kali.
- Duduk antara dua sujud - tasbih 10 kali.
- Sujud kedua - tasbih 10 kali.
|
- Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun atau surah lain, tasbih 15 kali.
- Duduk istirahah sebelum bangun untuk rakaat kedua, bertasbih 10 kali.
|
Rakaat Kedua |
- Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas atau surah lain, tasbih 15 kali.
- Duduk tasyhadu awal dan membaca tahiyyat, bertasbih 10 kali.
|
Rakaat Ketiga |
- Surah Al-Fatihah, tasbih 15 kali.
- Duduk istirahah sebelum bangun untuk rakaat keempat, bertasbih 10 kali.
|
Rakaat Keempat |
- Surah Al-Fatihah, tasbih 15 kali.
- Duduk tasyhadu akhir dan membaca tahiyyat, bertasbih 10 kali.
|
Beri salam. |
|
|
|
Kaifiat Solat Sunat Tasbih dengan 2 Salam |
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّسْبِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala. |
4 rakaat 2 salam sekiranya dilakukan pada waktu malam. |
Bersendirian atau berjemaah. |
Rakaat |
Setiap rakaat |
Bacaan |
Rakaat Pertama |
- Rukuk - tasbih 10 kali.
- Iktidal - tasbih 10 kali.
- Sujud - tasbih 10 kali.
- Duduk antara dua sujud - tasbih 10 kali.
- Sujud kedua - tasbih 10 kali.
|
- Surah Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun atau surah lain, tasbih 15 kali.
- Duduk istirahah sebelum bangun untuk rakaat kedua, bertasbih 10 kali.
|
Rakaat Kedua |
- Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas atau surah lain, tasbih 15 kali.
- Duduk tasyhadu awal dan membaca tahiyyat, bertasbih 10 kali.
|
|
|
|