Lafaz Akad Nikah (Sighah) |
- Ijab: Lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakilnya
- Contoh Ijab: "Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku...
- Qabul: Lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya
- Contoh Qabul: "Aku terima nikahnya anak perempuanmu..."
|
Syarat Lafaz Akad Nikah (Sighah) |
- Menggunakan lafaz "kahwin" atau "nikah" atau terjemahan yang tepat daripada kedua-duanya.
- Lafaz ijab dan qabul hendaklah jelas dan bukan secara qias.
- Ijab dan qabul hendaklah berturutan dan tidak diselangi dengan perkataan lain.
- Lafaz akad nikah hendaklah berkuat kuasa serta-merta kesanya.
- Kelayakan wali dan bakal suami berkekalan sehingga selesai akad.
- Tidak dibataskan dengan tempoh masa.
|
|
|
Perkara-perkara Berkaitan dengan Perkahwinan dalam Islam |
Ciri-ciri Pemilihan Calon Suami Isteri |
- Penghayatan agama yang baik.
- Akhlak yang mulia.
- Keturunan yang baik.
- Sekufu (sama taraf dalam aspek agama dan kesolehan, pekerjaan, keturunan serta keilmuan).
- Pasangan yang sihat.
- Rupa paras yang baik.
|
- Maksud Merisik: Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti status bakal isteri.
- Maksud Meminang: Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri menurut uruf setempat.
- Terdapat 2 Cara Meminang:
- Secara Terus Terang: "Aku ingin mengahwini kamu".
- Secara Qias: " Saya ingin memetik bunga di taman".
- Hukum melihat perempuan yang hendak dipinang: Sunat.
- Anggota yang harus dilihat: Muka & kedua tapak tangan.
|
- Maksud: Pemberian yang bernilai atau berfaedah wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.
- Hukum Mahar: Wajib
- Hukum Menyebut Mahar: Sunat
- Qadar Mahar: Mahar tidak mempunyai qadar yang tertentu dan tidak semestinya dalam bentuk tunai.
- Bentuk Mahar: Sesuatu yang bernilai atau berfaedah, sah dijadikan mahar seperti duit dan emas.
|
- Maksud: Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan.
- Hukum: Sunat Muakkad
- Tujuan Pensyariatan:
- Mensyukuri nikmat Allah SWT atas perkahwinan yang didirikan.
- Merapatkan hubungan silaturrahim.
- Menghebahkan perkahwinan kepada masyarakat untuk menghindarkan sebarang fitnah.
- Hukum Memenuhi Undangan Walimatul Urus: Fardhu ain.
- Adab Walimatul Urus:
- Tuan rumah tidak khususkan jemputan kepada orang kaya sahaja.
- Memenuhi jemputan pada hari pertama sahaja sekiranya majlis lebih daripada sehari.
- Undangan hendaklah melahirkan kasih sayang dan merapatkan hubungan.
- Orang yang mengundang bukan orang yang zalim atau mempunyai harta haram.
- Tidak terdapat perkara mungkar seperti minum arak atau pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
|
|
|
Kemahiran Keibubapaan |
- Menyediakan segala keperluan asas untuk isteri dan anak-anak mengikut kemampuan suami.
- Memberikan kasih sayang, belas kasihan, serta nafkah batin bagi memenuhi keperluan isteri.
- Memberikan layanan yang baik kepada isteri seperti tutur kata yang baik dan keperluan yang sopan.
- Memberikan ilmu pengetahuan dan didikan agama secukupnya kepada isteri dan anak.
- Menyelesaikan mahar yang belum dijelaskan.
|
- Mentaati perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
- Menjaga kehormatan diri dengan berpakaian menutup aurat, memelihara pandangan dan menjaga batas pergaulan ketika berada di luar rumah.
- Menjaga kemuliaan, maruah dan harta suami.
- Melakukan perkara yang menyenangkan hati suami.
- Mendapat keizinan suami sebelum keluar rumah.
|
|
|
Tanggungjawab Suami Isteri dari Segi Aqidah, Ibadah dan Akhlak |
Huraian Tanggungjawab |
Aqidah |
- Menerapkan didikan aqidah yang betul kepada anak-anak sejak mereka kecil.
- Membentuk aqidah keluarga berdasarkan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Memupuk asas ketaqwaan yang mantap kepada anggota keluarga.
- Memelihara aqidah keluarga daripada sebarang fahaman yang sesat.
|
Ibadah |
- Mendidik keluarga dengan memberi pengetahuan berkaitan dengan ibadah yang betul.
- Memastikan anggota keluarga menunaikan tanggungjawab ibadah.
- Mempraktikkan cara hidup bersyariat dalam keluarga seperti solat berjemaah dan membaca Al-Quran.
- Memelihara anggota keluarga daripada amalan yang menyeleweng.
|
Akhlak
|
- Menunjukkan akhlak yang mulia agar menjadi contoh dalam keluarga.
- Menyemai sikap bekasih sayang sesama anggota keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
- Bekerjasama melakukan urusan rumah tangga agar kebahagiaan dirasai setiap anggota keluarga.
- Menegur anggota keluarga yang melakukan kemungkaran.
|
|
|