|
|
|
|
|
Yuran |
|
|
Sumber pendapatan utama bagi kelab dan persatuan yang dibayar oleh setiap ahli. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis-jenis Yuran
- Yuran masuk
- Yuran yang dibayar oleh setiap ahli baharu.
- Dibayar semasa pendaftaran.
- Boleh dikategorikan sebagai pendapatan hasil atau pendapatan modal bergantung kepada dasar kelab dan persatuan berkenaan.
- Yuran tahunan atau yuran bulanan
- Yuran yang dibayar oleh ahli pada setiap tahun atau bulan.
- Dikategorikan sebagai pendapatan hasil dan akan dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
- Yuran pertandingan
- Yuran yang dikenakan kepada
ahli dan juga orang ramai
yang ingin menyertai pelbagai
aktiviti pertandingan anjuran
kelab dan persatuan.
- Dikategorikan sebagai
pendapatan hasil dan
dikreditkan ke Akaun
Pendapatan dan Perbelanjaan.
|
|
|
Yuran Semasa |
|
|
Yuran yang diterima dalam tempoh perakaunan semasa. Dikreditkan ke dalam Akaun Yuran. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Yuran Lapuk |
|
|
Yuran belum terima pada tahun kewangan yang lepas dihapuskan dalam tahun perakaunan semasa kerana tidak dapat dikutip daripada ahli. Dikategorikan sebagai perbelanjaan hasil dan didebitkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Yuran Belum Terperoleh |
|
|
Yuran tahun akan datang yang telah diterima pada tahun kewangan semasa. Dikategorikan sebagai Liabiliti Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Yuran Belum Terima |
|
|
Yuran tahun perakaunan semasa yang masih belum diterima. Dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyediaan Akaun Yuran Ahli |
- Yuran ahli direkodkan mengikut prinsip pengiktirafan hasil dan belanja.
- Mengikut prinsip ini, yuran yang diterima hendaklah diselaraskan terlebih dahulu sebelum dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
|
|
Format Akaun Yuran Ahli |
 |
|
|