2.1 |
Pengenalan Rekod Tak Lengkap
|
|
|
|
Rekod Tak Lengkap |
|
|
Amalan perekodan maklumat perakaunan yang tidak mengikut sistem catatan bergu atau mengamalkan catatan tunggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab Rekod Perniagaan Tidak Lengkap |
- Tidak mengamalkan sistem catatan bergu.
- Catatan urus niaga yang tidak dibuat langsung.
- Dokumen sumber urus niaga tidak disimpan secara sistematik.
- Rekod-rekod perakaunan yang musnah atau hilang.
|
|
Kaedah Penentuan Untung Rugi |
- Kaedah Perbandingan
- Membandingkan Modal Awal dengan Modal Akhir bagi menentukan untung atau rugi perniagaan.
- Untung Bersih = Modal Awal < Modal Akhir.
- Rugi Bersih = Modal Awal > Modal Akhir.
- Kaedah Analisis
- Proses menganalisis urus niaga bagi menentukan hasil dan belanja semasa menyediakan Penyata Kewangan.
|
|
Kesan Rekod Perakaunan Tidak Lengkap |
- Penyata Kedudukan Kewangan sukar disediakan.
- Perbandingan prestasi perniagaan tidak dapat dilakukan dengan tepat.
- Untung atau rugi sukar ditentukan.
- Imbangan Duga tidak dapat disediakan kerana ketepatan rekod diragui.
- Kesilapan sukar dikesan dalam buku perniagaan. Ini menyebabkan kes penyelewengan boleh berlaku.
|
|
|