|
4.4 |
Pembubaran Perkongsian
|
|
|
Sebab-sebab Pembubaran Perkongsian |
- Kematian, muflis atau pekongsi tidak siuman
- Tempoh tamat
- Tujuan penubuhan tercapai
- Perintah mahkamah
- Pertukaran entiti perniagaan kepada syarikat
- Persetujuan oleh semua pekongsi
|
|
Tatacara Pembubaran Perkongsian |
- Menutup semua Akaun Aset kecuali Akaun Bank dan Akaun Tunai (aset perlu dijual atau diambil alih oleh pekongsi)
- Menjelaskan semua liabiliti perniagaan.
- Perkongsian membayar kepada pekongsi atau pekongsi membayar kepada perkongsian mengikut baki dalam Akaun Modal dan Akaun Semasa
- Membatalkan nama perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
|
|
Langkah 1 Merekod Pembubaran Perkongsian Dalam Jurnal Am |
 |
|
Langkah 2 Merekod Pembubaran Perkongsian Dalam Jurnal Am |
 |
|
Langkah 3 Merekod Pembubaran Perkongsian Dalam Jurnal Am |
 |
|
Merekod pembubaran perkongsian melibatkan pembukaan akaun sementara iaitu Akaun Realisasi. |
|
Fungsi Akaun Realisasi |
- Membahagikan keuntungan atau kerugian atas pembubaran.
- Merekod semua aset yang dijual atau diambil alih.
- Menghitung keuntungan atau kerugian atas pembubaran.
|
|
Format Akaun Realisasi:

|
|
Lazimnya Akaun Modal mempunyai baki kredit. Namun begitu, terdapat situasi Akaun Modal Pekongsi berbaki debit. Perkara ini berlaku bagi perkongsian yang merekod modal menggunakan Kaedah Modal Berubah.
|
|
Sebab Akaun Modal Berbaki Debit |
- Modal yang disumbangkan pekongsi adalah rendah.
- Ambilan yang berlebihan.
- Rugi realisasi melebihi baki kredit Akaun Modal pekongsi.
- Nilai aset yang diambil alih terlalu tinggi.
|
|
Apabila Akaun Modal berbaki debit, ini menunjukkan berlakunya kurangan dalam Akaun Modal Pekongsi. Dalam hal ini, pekongsi perlu membawa masuk tunai tambahan untuk menampung kurangan tersebut. |
|