|
|
|
|
|
Kaedah Analisis |
|
|
Kaedah yang melibatkan proses menganalisis semua urus niaga yang berlaku yang bertujuan untuk memperoleh item yang diperlukan seperti item jualan, belian, belanja dan hasil untuk menyediakan Penyata Kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rekod Minimum yang Perlu Disimpan oleh Peniaga |
- Rekod Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar.
- Rekod penerimaan dan pembayaran tunai atau Buku Tunai.
- Baki Tunai di tangan dan di bank pada awal dan akhir tahun.
- Rekod Aset dan Liabiliti.
|
|
Kaedah Analisis |
- Analisis Buku Tunai
- Mentaksir Jualan dan Belian
- Mentaksir Belanja dan Hasil
|
|
Analisis Buku Tunai |
- Hasil
- Belanja
- Belian dan Jualan tunai barang niaga
- Belian dan Jualan aset bukan semasa secara tunai
- Catatan Kontra
- Penerimaan daripada Akaun Belum Terima
- Pembayaran kepada Akaun Belum Bayar
- Baki awal dan baki akhir tunai
- Ambilan tunai
|
|
Mentaksir Jumlah Jualan dan Jumlah Belian |
- Jualan dan Belian ialah komponen yang penting untuk membentuk Akaun Perdagangan
- Item Jualan dan Belian melibatkan urus niaga secara tunai dan secara kredit.
- Analisis terhadap Buku Tunai perlu dibuat untuk mendapatkan Jualan dan Belian secara tunai.
- Analisis terhadap Akaun Kawalan pula dibuat untuk mencari nilai urus niaga secara kredit.
- Analisis Jualan
- Jumlah Jualan Tunai perlu diselaraskan dengan Jumlah Jualan secara kredit
- \(\text{Jumlah Jualan} = \text{Jualan Tunai} + \text{Jualan Kredit}\)
- Maklumat yang perlu diambil kira semasa penyediaan Akaun Kawalan Belum Terima: Baki Awal dan Baki Akhir, Penerimaan daripada Akaun Belum Terima, Pulangan Jualan, Diskaun Diberi dan Hutang Lapuk.
- Analisis Belian
- Jumlah Belian Tunai perlu diselaraskan dengan Jumlah Belian secara kredit.
- \(\text{Jumlah Belian} = \text{Belian Tunai} + \text{Belian Kredit}\)
- Maklumat yang perlu diambil kira semasa penyediaan Akaun Kawalan Belum Bayar: Baki Awal dan Baki Akhir, Pembayaran kepada Akaun Belum Bayar, Pulangan Belian dan Diskaun Diterima.
|
|
Mentaksir Belanja dan Hasil dengan mengambil kira pelarasan |
- Belanja dan hasil merupakan komponen utama untuk menyediakan Akaun Untung Rugi
- Analisis ke atas item belanja dan hasil dilakukan untuk menentukan belanja dan hasil sebenar yang perlu diiktiraf bagi tempoh perakaunan semasa.
- Analisis Belanja
- Untuk mengira belanja sebenar bagi tahun semasa, perlu mengambil kira belanja dibayar, belanja belum bayar dan belanja prabayar.
- \(\text{Belanja Sebenar} = \text{Belanja Dibayar} + \text{Belanja Belum Bayar Akhir}\\ -\text{ Belanja Belum Bayar Awal}\)
- \(\text{Belanja Sebenar} = \text{Belanja Dibayar} + \text{Belanja Prabayar Awal} \\- \text{Belanja Prabayar Akhir}\)
- Analisis Hasil
- Untuk mengira jumlah hasil sebenar bagi tahun semasa, perlu mengambil kira nilai hasil yang diterima, hasil belum terperoleh atau hasil belum terima
- \(\text{Hasil Sebenar} = \text{Hasil Diterima} + \text{Hasil Belum Terperoleh Awal}\\ - \text{Hasil Belum Terperoleh Akhir}\)
- \(\text{Hasil Sebenar} = \text{Hasil Diterima} + \text{Hasil Belum Terima Akhir} \\-\text{Hasil Belum Terima Awal}\)
|
|
Maklumat yang diperoleh daripada Kaedah Analisis |
- Jumlah Jualan
- Jumlah Belian
- Hasil Sebenar yang diterima
- Belanja Sebenar yang dibayar
|
|
|