|
|
|
Kelab dan Persatuan |
|
|
Organisasi bukan bermotidkan untung yang ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. |
|
|
|
|
|
|
|
- Tujuan penubuhan adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli.
- Perlu mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966.
|
|
Tatacara penubuhan kelab dan persatuan: |
-
Mengadakan mesyuarat penubuhan
-
Menetapkan nama pertubuhan, alamat berdaftar dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja
-
Menetapkan undang-undang perlembagaan pertubuhan
-
Membuat pendaftaran pertubuhan dalam sistem eROSES
-
Menyemak permohonan pendaftaran selepas bayaran Fi dibuat
|
|
Tatacara penubuhan entiti berorientasikan keuntungan:
- Mengisi dan mengemukakan Borang 'A'
- Mendaftarkan perniagaan
- Mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran (Borang D)
- Mempamerkan Sijil Perakuan Pendaftaran
|
|
Tujuan Penubuhan Kelab dan Persatuan |
- Menjaga kepentingan ahli
- Menyediakan kemudahan kepada ahli
- Mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan kepada ahli
|
|
Kelab dan Persatuan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ahli serta tidak berorientasikan keuntungan manakala, Entiti Berorientasikan Keuntungan ditubuhkan dengan tujuan keuntungan dan tiada matlamat menjaga kebajikan ahli.
|
|
Sumber Kewangan Kelab dan Persatuan |
- Yuran pendaftaran
- Yuran pertandingan
- Kutipan jualan pesta ria
- Sewa Diterima kerana penyewaan kemudahan kelab
- Jualan Aset Bukan Semasa
- Derma
- Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan
- Faedah atas pelaburan
|
|
Kelab dan Persatuan |
Entiti Berorientasikan Keuntungan |
Mempunyai Akaun Yuran
|
Tidak mempunyai Akaun Yuran
|
Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam buku tunai dan dirumuskan dalam akaun penerimaan dan pembayaran
|
Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Buku Tunai |
Lebihan = Pendapatan Hasil melebihi Perbelanjaan Hasil
Kurangan = Perbelanjaan Hasil melebihi Pendapatan Hasil
|
Untung Bersih = Pendapatan melebihi perbelanjaan
Rugi Bersih = Perbelanjaan melebihi pendapatan
|
Dana Terkumpul = Aset - Liabiliti |
Ekuiti Pemilik = Aset - Liabiliti |
|
|
Aktiviti Mencari Keuntungan bagi Kelab dan Persatuan |
- Contohnya, Kelab Bola Sepak Taman Maluri menjalankan aktiviti seperti menganjurkan pertandingan bola sepak, mengadakan klinik bola sepak serta menjalankan aktiviti sewaan padang kepada orang awam bagi tujuan menambahkan dana.
- Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah untuk menjaga kebajikan ahli.
|
|
|