Alam Ceria Hidup Sejahtera

6.4  Alam Ceria Hidup Sejahtera
 
Definisi

Memelihara alam sekitar bermaksud menjaga dan melindungi alam sekitar daripada kerosakan.

Memulihara alam sekitar bermaksud merawat dan memulihkan alam sekitar agar sentiasa baik.

 
Dalil Naqli

وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ..

Maksudnya:

"..Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

(Surah Al-Qasas 28:77)

 

Hukum memelihara dan memulihara alam sekitar:

  • Wajib
 

Adab memelihara dan memulihara alam sekitar:

  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Membuang sampah di tempat yang betul
  • Mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar
  • Bergotong-royong membersihkan kawasan
  • Mengitar semula bahan terpakai untuk mengurangkan penggunaan sumber alam
 

1. Memelihara udara

  • Memperbanyakkan aktiviti penanaman semula
  • Tidak melakukan pembakaran terbuka
 

2. Memelihara air

  • Menggunakan air dengan berjimat cermat untuk mengurangkan kuantiti air yang perlu dirawat
  • Tidak membuang sampah dan sisa buangan di saliran air, longkang, sungai atau pun laut
 
Kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar yang menepati syarak
Individu
  • Mendapat keberkatan hidup
  • Menikmati suasana kehidupan yang sihat
  • Menyemai rasa syukur dengan nikmat alam sekitar
  • Memupuk perasaan tanggungjawab terhadap kurniaan alam sekitar
Masyarakat 
  • Dapat terus menikmati sumber alam
  • Menerangkan sikap tolong-menolong dan bekerjasama
  • Hidup selesa dalam persekitaran yang bersih
  • Terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada kekotoran dan pencemaran

Negara

  • Menjaga imej Islam dan negara yang mementingkan kebersihan
  • Menjaga keindahan alam semula jadi negara
 

Mencontohi Rasulullah SAW memelihara alam sekitar:

  • Sentiasa bersyukur
  • Menjaga kebersihan
  • Tidak merosakkan alam tanpa tujuan
  • Memelihara dan memulihara sumber alam