Bijak Berkomunikasi

 6.3  Bijak Berkomunikasi
 
Definisi Komunikasi

Perbuatan mengadakan perhubungan, sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan.

 
Dalil Naqli
Sabda Rasulullah SAW:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya:

"Muslim itu ialah yang memberikan kesejahteraan kepada Muslim yang lain dengan lidah dan tangannya."

(Riwayat Al-Bukhariy)

 

Hukum berkomunikasi:

  • Harus, dengan syarat menjaga batasan yang telah ditetapkan agar tidak melakukan dosa seperti mengumpat, mencela, menghina, berdusta, berbohong dan lain lain
 

Adab berkomunikasi:

  • Memulakan komunikasi dengan salam
  • Memilih kata-kata yang baik
  • Sopan dan lemah lembut dalam percakapan
  • Berkomunikasi mengikut keperluan
  • Memberikan perhatian ketika orang lain bercakap
  • Tidak berbohong dan menyakiti orang lain
 

Komunikasi bijak seperti Rasulullah SAW:

  • Bercakap benar
  • Menggunakan bahasa yang baik dan teratur
  • Ucapan yang jelas
  • Sentiasa bersederhana
  • Baginda mengingatkan untuk memilih antara dua perkara iaitu berkata yang baik dan jika tiada yang baik untuk diperkatakan, diam itu lebih baik
 
Kepentingan Berkomunikasi
Individu
  • Mendapat pahala
  • Disenangi orang sekeliling
  • Mengeratkan silaturrahim
Masyarakat
  • Memupuk sifat hormat-menghormati
  • Mengelakkan permusuhan dan kebencian
Negara
  • Dapat memelihara kedamaian negara
  • Menjamin keselesaan hidup di dalamnya