Hargai Nikmat Kenderaan 

6.1  Hargai Nikmat Kenderaan 
 

Saranan Rasulullah SAW:

  1. Semasa menaiki kenderaan: baca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
  2. Ketika berada di dalam kenderaan: sebutlah ٱلْحَمْدُ لِلَّٰه
  3. Apabila kenderaan bergerak: bacalah doa menaiki kenderaan
  4. Sebutlah ٱلْحَمْدُ لِلَّٰه dan اللَّهُ أَكْبَر, sebanyak 3 kali
 
Doa Menaiki Kenderaan

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ..

Maksudnya:

"..Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum ini tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, kami akan kembali."

(Surah Az-Zukhruf 43:13)

 

Adab menaiki kenderaan:

  • Merancang perjalanan
  • Membaca basmalah
  • Memulakan langkah dengan kaki kanan
  • Membaca doa menaiki kenderaan
  • Berdisiplin dan berhati-hati
  • Hormat-menghormati dan memberikan keutamaan kepada orang yang memerlukan
  • Menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kenderaan awam
  • Tidak berebut-rebut semasa menaiki kenderaan
 
Kelebihan mengamalkan adab menaiki kenderaan
  • Disayangi Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Selamat tiba ke destinasi dan melancarkan perjalanan
  • Disenangi orang sekelililng
  • Menanam rasa prihatin dan toleransi
 
Akibat tidak mengamalkan adab menaiki kenderaan
  • Menyebabkan kesesakan lalu lintas
  • Menyusahkan orang lain
  • Menyebabkan kemalangan
  • Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain
  • Tidak disenangi orang sekeliling