Hargai Nikmat Kenderaan 

6.1   Hargai Nikmat Kenderaan 
 
Saranan Rasulullah SAW
  1. Semasa menaiki kenderaan: baca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.
  2. Ketika berada di dalam kenderaan: sebutlah ٱلْحَمْدُ لِلَّٰه.
  3. Apabila kenderaan bergerak: bacalah doa menaiki kenderaan.
  4. Kemudian, sebutlah ٱلْحَمْدُ لِلَّٰه dan اللَّهُ أَكْبَر, sebanyak 3 kali.
 
Doa Menaiki Kenderaan

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ...

(Surah Az-Zukhruf 13: 43)

Maksudnya:"..Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum ini tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, kami akan kembali." 

Adab Menaiki Kenderaan
  • Merancang perjalanan.
  • Membaca basmalah.
  • Memulakan langkah dengan kaki kanan.
  • Membaca doa menaiki kenderaan.
  • Berdisiplin dan berhati-hati.
  • Hormat-menghormati dan memberikan keutamaan kepada orang yang memerlukan.
  • Menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kenderaan awam.
  • Tidak berebut-rebut semasa menaiki kenderaan.
 
Adab yang Diamalkan Rasulullah SAW Ketika Menaiki Kenderaan
  • Rasulullah SAW menaiki kenderaan dengan membaca basmalah.
  • Rasulullah SAW sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan meminta pertolongan daripada Allah SWT untuk memudahkan perjalanan.
  • Rasulullah SAW bertahmid dan bertakbir ketika kenderaan bergerak dan sentiasa melafazkan kedua-duanya sepanjang perjalanan.
  • Rasulullah SAW sentiasa memastikan haiwan tunggangan baginda dalam keadaan sihat, tidak lapar, dahaga dan tidak terlalu penat.
 
Imej ini menunjukkan grafik yang menerangkan kelebihan mengamalkan adab menaiki kenderaan. Di tengah-tengah, terdapat teks ‘Kelebihan mengamalkan adab menaiki kenderaan’ dengan logo Pandai di bawahnya. Di sekeliling teks ini, terdapat empat bulatan yang mengandungi kelebihan-kelebihan tersebut: 1. Disayangi Allah SWT dan Rasulullah SAW 2. Disenangi orang sekeliling 3. Selamat tiba ke destinasi dan melancarkan perjalanan 4. Menanam rasa prihatin dan toleransi Di atas teks tengah, terdapat ilustrasi sebuah kereta biru.
 
Akibat Tidak Mengamalkan Adab Menaiki Kenderaan
  • Menyebabkan kesesakan lalu lintas.
  • Menyusahkan orang lain.
  • Menyebabkan kemalangan.
  • Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
  • Tidak disenangi orang sekeliling.
 
Hikmah Beradab Ketika Menaiki Kenderaan
  • Dapat melancarkan perjalanan dan mengelakkan kemalangan.