Malaysia dan Komanwel

 
10.3 Malaysia dan Komanwel
 

Latar Belakang Komanwel

  • Dibentuk pada 11 Disember 1931.
  • Dianggotai oleh 54 buah negara bekas tanah jajahan British kecuali Mozambique dan Republik Rwanda.
  • Ibu pejabat Sekretariat Komanwel terletak di London, England.
 

Matlamat Penubuhan Komanwel

  • Membina semangat setia kawan sesama negara anggota.
  • Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan ekonomi, kesihatan serta belia dan sukan.
 

Faedah Penyertaan Malaysia dalam Komanwel

1. Pendidikan

  • Memberikan peluang kerjasama antara negara anggota bagi meningkatkan taraf pendidikan.
  • Mewujudkan peluang bagi rakyat Malaysia untuk melanjutkan pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang melalui tawaran biasiswa Komanwel.

2. Perdagangan

  • Malaysia berpeluang untuk menyuarakan pandangan dan bertukar idea dengan negara anggota Komanwel tentang isu pembangunan ekonomi.
  • Memudahkan barangan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, khususnya di negara anggota Komanwel.

3. Kesihatan

  • Memberikan peluang kepada negara anggota untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang kesihatan.
  • Memberikan peluang untuk bekerjasama melalui perkongsian maklumat dan data sesama negara anggota bagi menangani wabak seperti COVID-19.

4. Belia dan Sukan

  • Menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
  • Memberikan peluang kepada ahli sukan Malaysia bersaing dalam Sukan Komanwel.
  • Memberikan peluang kepada belia untuk mewakili Malaysia dalam pelbagai persidangan belia anjuran Sekretariat Komanwel.
 
 

Sumbangan Malaysia dalam Komanwel

  • Mengecam dasar Aparteid di Afrika Selatan yang membezakan penduduk mengikut warna kulit.
  • Membantu menamatkan amalan Aparteid pada tahun 1993 hasil desakan bersama-sama negara anggota Komanwel.
  • Menjadi tuan rumah Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) pada tahun 1989.
  • Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan tanggungjawab mengawal dan mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.