Malaysia dan Association of Southeast Asian Nations

 
10.2 Malaysia dan Association of Southeast Asian Nations
 

Latar Belakang ASEAN

  • Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.
  • Kini dianggotai oleh 10 buah negara Asia Tenggara.
  • Selain anggota asal, anggota baharu terdiri daripada Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) serta Kemboja (1999).
  • Ibu pejabat ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia.

Matlamat Penubuhan ASEAN

  • Menjamin keamanan dan kestabilan politik.
  • Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan.
  • Menjalin kerjasama dalam bidang latihan dan penyelidikan.
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk.
 
  • Biru – keamanan dan kestabilan.
  • Merah – semangat dan dinamisme.
  • Kuning – kemakmuran.
  • Putih – kesucian.
  • Sepuluh tangkai padi – impian pengasasan ASEAN diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan antara 10 buah negara anggota ASEAN.
  • Bulatan – kesatuan ASEAN.
 

Faedah Penyertaan Malaysia dalam ASEAN

1. Keamanan dan Kestabilan Politik

  • Mengelakkan campur tangan kuasa luar menerusi Deklarasi Kuala Lumpur 1971 yang mengisytiharkan ASEAN sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

2. Pertumbuhan Ekonomi dan Sosial

  • Menjalin kerjasama projek ekonomi dalam perindustrian baja urea di Bintulu, Sarawak.
  • Menjadi tuan rumah penganjuran Sukan SEA.

3. Latihan dan Penyelidikan

  • Pembinaan Regional Centre for Education in Science and Mathematic (RECSAM) di Pulau Pinang.
 

Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

  • Menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.
  • Membantu menangani isu pencerobohan Vietnam terhadap Kemboja.
  • Membantu meredakan konflik politik di selatan Filipina.
  • Mengutarakan penubuhan ZOPFAN.
  • Menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).