Kegiatan Ekonomi Pemacu Kemajuan Negara

 
8.2 Kegiatan Ekonomi Pemacu Kemajuan Negara
 

Kegiatan Ekonomi yang Menyumbang Kepada kemajuan Negara Kita

  1. Industri getah dan kelapa sawit
  2. Industri petroleum dan gas
  3. Industri automotif
  4. Industri pelancongan.
 
 

Industri Getah dan Kelapa Sawit

1. Meningkatkan Pendapatan Negara

  • Hasil getah dieksport seperti sarung tangan dan benang lateks.
  • Hasil kelapa sawit yang dieksport ialah minyak mentah dan minyak yang telah diproses.

2. Menyediakan Peluang Pekerjaan

  • Perladangan getah dan kelapa sawit memerlukan tenaga kerja yang banyak.
  • Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

3. Mewujudkan Industri Hiliran

  • Industri hiliran bermaksud kegiatan yang berkembang daripada kegiatan ekonomi utama. Contohnya, pembuatan perabot daripada kayu getah.
  • Menyumbang kepada pendapatan negara menerusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

4. Memajukan Industri Asas Tani

  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan.
  • Menjanakan pendapatan penduduk.

5. Membangunkan Industri Biodiesel

  • Industri kelapa sawit turut menghasilkan biodiesel sawit.
  • Kelapa sawit diproses menjadi pelbagai produk seperti minyak dan sabun.
 
 

Industri Petroleum dan Gas

1. Mewujudkan peluang pekerjaan

  • Cari gali minyak di luar pesisir pantai
  • Pusat pemprosesan di darat

2. Meningkatkan pendapatan negara

  • Penaja utama sukan permotoran seperti Grand Prix

3. Menyediakan biasiswa pelajaran

  • Biasiswa disediakan untuk melanjutkan pelajaran ke beberapa buah universiti seperti Universiti Teknologi PETRONAS.

4. Melahirkan usahawan

  • Pembukaan stesen minyak
 
 

Industri Automotif

PROTON

  • Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.
  • Kilang pembuatan kereta nasional yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983 di Shah Alam, Selangor.
  • Kilang kedua dibina di Tanjung Malim, Perak pada tahun 2005.
  • Proton Saga merupakan model kereta pertama negara yang dikeluarkan pada bulan Julai 1985.
  • Pada tahun 2018, PROTON menjalin usaha sama pengeluaran kereta dengan perusahaan automotif Geely Holding Group untuk mengeluarkan model baharu.

PERODUA

  • Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.
  • Penubuhan PERODUA pada tahun 1993 merancakkan perkembangan ekonomi negara.
  • Produk PERODUA, Nippa dieksport ke United Kingdom.
  • Model pertama PERODUA, Kancil dikeluarkan pada tahun 1994.
 
 

Industri Pelancongan

  • Pelbagai promosi diadakan seperti Kempen Tahun Melawat Malaysia yang dianjurkan sejak tahun 1990 bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong ke negara kita.

Keistimewaan Malaysia yang menjadi Tarikan Pelancong

1. Tapak dan Bangunan Bersejarah

  • Pengekalan tapak warisan bersejarah di negara kita amat berharga bagi industri pelancongan.
  • Pemuliharaan hasil seni bina tradisional berjaya menarik kedatangan pelancong luar.
  • Cth: Kota A Famosa Melaka ,Candi Bukit Batu Pahat Lembah Bujang Kedah dan Istana Kenangan Perak

2. Keindahan Alam Semula Jadi

  • Kepelbagaian flora dan fauna negara kita menarik kedatangan pelancong luar.
  • Keunikan bentuk muka bumi seperti pulau, laut dan tanah tinggi menjadi destinasi pilihan pelancong.
  • Cth: Taman Negeri Royal Belum Perak, Pulau Langkawi Kedah, Gua Niah Sarawak dan Gunung Kinabalu Sabah.

3. Keharmonian Masyarakat dan Keunikan Budaya

  • Keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum menjamin keselamatan pelancong.
  • Keunikan budaya pelbagai kaum menjadi tarikan kepada pelancong.
  • Pelancong juga berpeluang untuk menikmati aneka makanan tempatan pelbagai kaum.
  • Cth: Aneka makanan tempatan

4. Agropelancongan

  • Pelancongan yang berasaskan pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani.
  • Pelancong berpeluang merasai cara hidup sebenar rakyat Malaysia seperti konsep inap desa, iaitu menginap sementara bersama-sama keluarga penduduk tempatan.

5. Penganjuran Sukan, Muzik dan Pameran Antarabangsa

  • Penganjuran perlumbaan Formula One di Sepang dan Le Tour de Langkawi telah menarik kedatangan pelancong yang meminati sukan tersebut.
  • Penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Sarawak turut mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
  • Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) merupakan pameran maritim dan aeroangkasa antarabangsa yang dianjurkan pada setiap dua tahun di Pulau Langkawi, Kedah.