Perkembangan Awal Ekonomi Malaysia

 
8.1 Perkembangan Awal Ekonomi Malaysia
 

Ekonomi Tradisional

  • Diusahakan secara kecil-kecilan.
  • Menggunakan peralatan mudah seperti cangkul dan sabit.
  • Memerlukan modal yang kecil dan tenaga kerja yang tidak banyak.
  • Bertujuan untuk keperluan sendiri dan keluarga.

Sektor Pertanian - Mengusahakan sawah padi menggunakan kerbau

Sektor Perlombongan - Aktiviti melombong menggunakan kaedah mendulang

 
 

Ekonomi Komersial

  • Diusahakan secara perladangan.
  • Menggunakan peralatan moden seperti mesin dan jentera penuai.
  • Memerlukan modal yang besar dan tenaga buruh yang banyak.
  • Bertujuan untuk kegunaan tempatan dan eksport.

Sektor Pertanian - Penggunaan jentera penuai

Sektor Perlombongan - Penggunaan jentera kapal korek