Tugas-tugas Perdana Menteri

 
7.3 Tugas-tugas Perdana Menteri
 
  • Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
  • Beliau menjalankan tugas mentadbir negara bagi kemakmuran bersama.
  • Oleh itu, sokongan paatutlah diberikan kepada Perdana Menteri agar beliau dapat menjalankan tugas dengan lancar demi kesejahteraan negara.
 
Gambar menunjukkan tugas-tugas Perdana Menteri iaitu Menasihati Yang di- Pertuan Agong berkaitan dengan pemerintahan negara, Mencadangkan pelantikan duta, diplomat dan konsulat bagi mewakili negara untuk menjalin kerjasama dengan negara lain, Mengiringi Yang di- Pertuan Agong ke Mesyuarat Majlis Raja- Raja, Mencadangkan senarai Jemaah Menteri untuk dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong, Menjalin hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara luar, Memastikan semua dasar pembangunan negara dapat ditingkatkan demi kesejahteraan rakyat, Mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, Menjadi ketua pentadbir utama yang merancang dan menyelaraskan semua dasar negara
 

 

 
Ciri-ciri Kepimpinan Perdana Menteri
 
  • Bijak
  • Berpandangan jauh
  • Tegas
  • Berdaya saing
  • Berani
  • Mempunyai strategi
  • Mesra rakyat
 
Jasa Perdana Menteri
 
  • Pembentukan Malaysia
  • Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
  • Dasar Sains dan Teknologi Negara
  • Wawasan 2020
  • Pelan Integriti Nasional
  • 1Malaysia
 
Kepentingan Perdana Menteri kepada Masyarakat dan Negara
 
  • Meningkatkan kemakmuraan ekonomi
  • Menjaga kestabilan politik
  • Mengukuhkan perpaduan kaum
  • Memelihara keamanan negara
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat