Dahulu - Kad ucapan dihantar melalui pos atau serahan tangan
Kini - Ucapan dihantar menggunakan media elektronik
Dahulu - Mengambil foto keluarga di kedai gambar
Kini - Swafoto bersama keluarga dan memuat naiknya di media sosial
Dahulu - Tradisi membuat "kolam" daripada tepung ketika perayaan Deepavali
Kini - "Kolam" dihasilkan daripada beras atau hampas kelapa yang berwarna warni
Dahulu - Tradisi makan besar di rumah dengan berkumpul bersama-sama keluarga pada malam Tahun Baharu Cina
Kini - Tradisi tersebut masih diraikan, namun terdapat keluarga yang memilih untuk menikmatinya di restoran atau hotel.
Dahulu - Penyediaan kuih-muih dengan menggunakan bahan dan kaedah tradisional serta dilakukan secara gotong-royong.
Kini - Penggunaan peralatan moden memudahkan penyediaan kuih. Selain itu, kuih raya juga mudah dibeli.
Dahulu - Hari Gawai diraikan oleh golongan petani daripada kaum Dayak dengan mengadakan pelbagai upacara ritual.
Kini - Hari Gawai diraikan oleh pelbagai kaum tanpa mengira bidang pekerjaan.
Dahulu - Semasa Pesta Kaamatan, upacara Unduk Ngadau (ratu cantik) diadakan. Pemenang pertandingan Unduk Ngadau dipilih berdasarkan semangat Huminodun, iaitu kesanggupan berkorban untuk menyelamatkan generasinya.
Kini - Pada masa ini, pemenang Unduk Ngadau juga dipilih berdasarkan sesi soal jawab tentang sejarah dan kehidupan masyarakat lampau.
Walaupun terdapat banyak perubahan dalam cara sambutan perayaan dahulu dan kini, masih terdapat beberapa amalan yang terus kekal dalam masyarakat:
Assess yourself by staged practices