Rumah Ibadat di Malaysia

 
5.4 Rumah Ibadat di Malaysia
 

Rumah Ibadat Penganut Agama Islam

Masjid merupakan rumah ibadat penganut agama Islam.

- Masjid Negara, Kuala Lumpur

  • Dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965.
  • Seni binanya merupakan gabungan ciri moden, Islam dan tempatan.
  • Boleh menampung 15 000 jemaah dalam satu-satu masa.
  • Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan perpaduan, toleransi dan keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

- Masjid Kampung Laut, Kelantan

  • Dibina pada abad ke-18.
  • Antara masjid tertua di Alam Melayu.
  • Terletak di Kampung Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
  • Seni binanya berunsurkan ciri Alam Melayu.

- Masjid Al-Qadim, Sarawak

  • Dibina pada tahun 1830.
  • Terletak di Sibu, Sarawak.
  • Dibina oleh Tuan Haji Salam Minangkabau, ulama dari Sumatera.
  • Mempunyai reka bentuk Masjid Agung Demak, Jawa Tengah, Indonesia.
 

Rumah Ibadat Penganut Agama Kristian

Rumah ibadat penganut agama Kristian dikenali sebagai gereja.

- Gereja St. Michael, Sabah

  • Dibina pada tahun 1893.
  • Gereja tertua di negeri Sabah.
  • Merupakan gereja granit tertua di Malaysia.
  • Terletak di Sandakan, Sabah.
 

Rumah Ibadat Penganut Agama Buddha, Konfusius dan Tao

Rumah ibadat penganut agama Buddha, dikenali sebagai tokong atau wat, manakala Konfusius dan Tao pula dikenali sebagai tokong.

- Wat Boonyaram Padang Sera, Kedah

  • Dibina pada tahun 1932.
  • Merupakan rumah ibadat bagi masyarakat Siam beragama Buddha di Kedah dan di Perlis.
  • Antara wat terbesar di negeri Kedah.
  • Terletak di Kodiang, Kubang Pasu, Kedah.

- Tokong Cheng Hoon

  • Dibina pada tahun 1645.
  • Tokong ini dinamakan Cheng Hoon Teng yang bermaksud Kediaman di Awan Hijau.
  • Digunakan oleh penganut agama Buddha dan Tao dalam upacara keagamaan.
 

Rumah Ibadat Penganut Agama Hindu

Rumah ibadat penganut agama Hindu dikenali sebagai kuil.

- Kuil Arulmigu Sri Rajakaliamman, Johor

  • Dibina pada tahun 1922.
  • Terletak di Jalan Tebrau, Johor Bahru.
  • Kuil ini dibina semula daripada kaca pada tahun 1996.
  • Tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai kuil kaca pertama dan hanya satu terdapat di Malaysia.
 

Rumah Ibadat Penganut Agama Sikh

Rumah ibadat penganut agama Sikh pula dikenali sebagai gurdwara.

- Wadda Gurdwara Sahib, Pulau Pinang

  • Dibina pada tahun 1901.
  • Nama asalnya ialah Diamond Jubilee Sikh Temple.
  • Seni binanya berasaskan seni bina Moor dan moden.
  • Bangunan gurdwara ini dijadikan tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan.