Agama dan kepercayaan di Malaysia

 
5.1 Agama dan Kepercayaan di Malaysia
 

Agama di Malaysia

1. Agama Islam

  • agama yang merangkumi segala aspek kehidupan.
  • hanya menyembah Allah Yang Maha Esa.
  • dua teras kepercayaan:
    1. Rukun Islam
    2. Rukun Iman.
  • Kitab suci - al-Quran dan Hadis.

2. Agama Kristian

  • percaya bahawa agama ini dibawa oleh Jesus Christ.
  • hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan di gereja.
  • Kitab suci - Bible.

3. Agama Buddha

  • mengamalkan ajaran yang diasaskan oleh Siddharta Gautama. Beliau dikenali sebagai Buddha.
  • ajaran Buddha berasaskan Empat Kebenaran Mulia yang dapat dicapai melalui Jalan Lapan Lapis Mulia.
  • Kitab suci - Tipitaka.

4. Agama Hindu

  • mempercayai Hukum Karma yang berkaitan dengan kelakuan manusia semasa  hidup dan kelahiran semula selepas mati.
  • Kitab suci - Veda.

5. Agama Sikh

  • Diasaskan oleh Guru Nanak.
  • Terdiri daripada kaum Sikh.
  • Tradisi dan ajaran agama ini berkaitan dengan sejarah, masyarakat  dan budaya kaum Sikh.
  • Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan yang dinamakan Waheguru.
  • Kitab suci - Sri Guru Granth Sahib.

6. Ajaran Konfusius

  • Diasaskan oleh Kung Fu Tze.
  • percaya bahawa ajarannya menekankan prinsip moral yang  tinggi seperti perikemanusiaan, kesusilaan dan ketaatan kepada ibu bapa.
  • Ajaran ini terkandung dalam buku Analek.

7. Ajaran Tao

  • Diasaskan oleh Lao Tzu.
  • Percaya kepada kepentingan keharmonian hidup dengan alam semesta.
  • Kehidupan setiap manusia ditentukan oleh Tao yang bermaksud “jalan”.
  • Tao Te Ching merupakan buku yang mengandungi ajaran Tao.
 
 

Kepercayaan Masyarakat di Malaysia

 

1. Kepercayaan Masyarakat Orang Asli di Semenanjung

  • Masyarakat Orang Ali suku Mah Meri di Pulau Carey mengadakan upacara Puja Pantai untuk mendapatkan perlindungan dan pengampunan daripada semangat laut.
  • Masyarakat Orang Asli percaya bahawa penyakit disebabkan oleh kuasa jahat
  • Masyarakat Orang Asli suku Temiar dan suku Semai mengadakan upacara ritual untuk menghalau kuasa jahat

2. Kepercayaan Masyarakat di Sarawak dan Sabah

  • Masyarakat Iban mempercayai bahawa Petara (dewa) akan menyampaikan sebarang alamat dan petanda melalui mimpi dan bayangan.
  • Masyarakat Bisaya di Sarawak yang bekerja sebagai petani mempercayai kuasa ghaib.
  • Masyarakat Kadazandusun yang mempercayai Kinorohingan (Tuhan untuk meminta keselamatan dan perlindungan).
  • Masyarakat Bajau yang masih menjalankan upacara Ngeduang.