Alat Muzik dan Tarian Tradisional dalam Masyarakat Malaysia

 
4.3 Alat Muzik dan Tarian Tradisional dalam Masyarakat Malaysia
 
Alat Muzik
 
Masyarakat Alat Muzik
Melayu
  • Angklung
  • Gambus
  • Nafiri
  • Geduk
Cina
  • Gendang
  • Bo
  • Liu Qin
  • Seruling
India
  • Pullangkulal
  • Talam
  • Mattalam
  • Veenai
Sarawak
  • Sape
  • Engkerurai
  • Engkerumong
  • Gendang
Sabah
  • Kulintangan
  • Sompoton
  • Tongkungan
  • Tontog
 
Tarian Tradisional

1. Tarian Makyung

  • Seni drama yang menggabungkan unsur lakonan, tarian, muzik dan nyanyian.
  • Alat muzik - tawak, gong, gendang ibu dan gendang anak, canang, kesi, serunai serta rebab.
  • Dahulu, makyung dipertontonkan kepada khalayak ramai di istana dan dalam majlis rasmi negara.

2. Tarian Zapin

  • Dahulu ditarikan oleh kaum lelaki namun kini turut ditarikan secara berpasangan oleh lelaki dan wanita.
  • Alat muzik - gambus, gendang, rebana dan marakas.
  • bertujuan untuk hiburan semasa pesta dan majlis perkahwinan.

3. Tarian Singa

  • dipersembahkan untuk merayakan Tahun Baharu Cina, pembukaan kedai baharu serta majlis menyambut tetamu kehormat.
  • Alat muzik - bo, gendang besar dan gong.
  • lambang keharmonian, keamanan dan kebahagiaan.

4. Tarian Bharata Natyam

  • berkaitan dengan alam semesta yang dizahirkan melalui gerak tubuh yang membawa maksud tertentu.
  • sebagai pembuka tirai dalam persembahan kebudayaan masyarakat India.

5. Tarian Ngajat

  • Dipercayai untuk mengajar kaum Iban di Sarawak cara-cara berperang pada masa dahulu serta untuk tujuan persembahan hiburan dan upacara ritual.
  • Alat muzik - bebendai, ketebong, engkerumong dan tawak.
  • Dipersembahkan sebagai hiburan semasa perayaan Hari Gawai dan juga untuk upacara ritual.

6. Tarian Sumazau

  • Ditarikan oleh kaum Kadazandusun di Sabah.
  • Dikenali sebagai sumazau oleh kaum Kadazan dan sumayau oleh kaum Dusun.
  • Alat muzik - gong.
  • Bagi menghormati semangat padi. Tarian ini juga diadakan semasa Pesta Kaamatan.

7. Tarian Sewang

  • Identiti masyarakat Orang Asli. Penari sewang akan menghiasi diri mereka dengan selempang daripada bunga-bungaan, daun kelapa, daun palas, daun nipah dan kulit kayu.
  • Alat muzik - buluh centong, gendang, kereb, pensol dan tetawak.
  • Untuk upacara ritual, perubatan dan majlis keramaian.

8. Tarian Bhangra

  • ditarikan oleh masyarakat Sikh.
  • Alat muzik - dram dhol kayu besar, harmonika dan tamborin.
  • Dipersembahkan dalam majlis keluarga dan keramaian.