Kepelbagaian Kaum di Malaysia

 
4.1 Kepelbagaian Kaum di Malaysia
 

Antara kaum yang terdapat di Malaysia:

  • Melayu
  • Cina
  • India
  • Orang Asli
  • Iban
  • Melanau
  • Kadazandusun
  • Bidayuh
  • Bajauh
  • Iranun
 

Melayu

  • mendiami Alam Melayu
  • bertutur menggunakan bahasa Melayu
  • mengamalkan adat istiadat Melayu serta beragama Islam.
  • dikenali melalui pakaian tradisional, iaitu baju kurung bagi perempuan dan baju Melayu bagi lelaki.
 

Cina

  • menggunakan bahasa Mandarin, di samping dialek lain antaranya Hokkien, Hakka dan Kantonis.
  • dikenali melalui pakaian tradisional, iaitu ceongsam bagi perempuan yang biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti sutera, manakala pakaian bagi lelaki ialah changsan.
 

India

  • bertutur menggunakan bahasa Tamil, bahasa Telugu dan Malayalam.
  • Pakaian kaum India bagi perempuan ialah sari, manakala doti bagi lelaki.
 

Iban

  • kaum terbesar di Sarawak.
  • bertutur
    dalam bahasa Iban 
  • Pakaian yang mempunyai tenunan pua kumbu merupakan
    busana tradisional wanita Iban yang digayakan ketika
    perayaan Hari Gawai dan majlis perkahwinan.
  • Baju lelaki
    Iban antaranya termasuklah baju burung dan kelambi.
 

Kadazandusun

  • kaum terbesar di Sabah.
  • bertutur mengikut dialek sukuan masing-masing.
  • Pakaian tradisional kaum ini yang unik juga berbeza-beza antara etnik.
  • Pakaian ini biasanya digayakan ketika majlis rasmi seperti majlis perkahwinan dan semasa sambutan Pesta Kaamatan.
 

Orang Asli

  • tiga kumpulan terbesar, iaitu Negrito (Semang), Senoi dan Melayu Proto.
  • pengekalan ciri tradisional seperti kemahiran kraf tangan, penghasilan ubat-ubatan herba dan penggunaan bahasa mengikut suku.
 

Baba dan Nyonya

  • Di Melaka, kaum ini wujud hasil perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan.
  • “Baba” bagi lelaki, manakala perempuan disebut “Nyonya”.
  • bertutur menggunakan dialek Melayu Baba.
  • Cara hidup, percakapan, adat dan tradisi serta makanan masyarakat ini banyak berasimilasi dengan budaya tempatan.
  • Pakaian tradisional mereka ialah kebaya bersulam dan berkain batik sarung.
 

Chetti

  • wujud hasil perkahwinan pedagang India dengan penduduk tempatan.
  • Kebanyakan mereka berada di Melaka.
  • Bahasa pertuturan mereka ialah bahasa Melayu kreol.
  • Pakaian tradisional kaum ini ialah kebaya bersulam dan berkain batik sarung yang dipakai ketika mengadakan pesta keramaian.
 

Sikh

  • Bahasa Punjabi ialah bahasa ibunda masyarakat Sikh.
  • Pakaian lelaki Sikh ialah baju panjang hingga lutut bersama-sama seluar (tahmat/tamba) dan sarban.
  • Wanita Sikh pula memakai salwar kameez, iaitu pakaian yang dipakai bersama-sama dupatta atau selendang.
 

Siam

  • bertumpu di Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
  • bertutur menggunakan bahasa Siam dan Melayu.
  • menyambut perayaan Songkran pada tahun baharu mereka
  • mengenakan pakaian tradisional semasa menghadiri upacara keagamaan di wat.
 

Serani

  • dikenali sebagai orang Eurasia hasil perkahwinan campur orang Portugis dengan penduduk tempatan.
  • menggunakan bahasa Kristang dan bahasa Inggeris.
  • mempunyai bahasa, adat resam dan muzik yang unik.
  • Tariannya yang paling popular ialah branyo dan frapeirra.
 

Kaum Lain di Sarawak

  • Melayu, Bidayuh, Kenyah, Kelabit, Melanau, Bisaya, Kedayan, Kayan, Penan dan Lun Bawang.
  • Keunikan masyarakat yang pelbagai kaum ini jelas dilihat melalui perbezaan bahasa, agama, kepercayaan, pakaian tradisional dan budaya masing-masing.
 

Kaum Lain di Sabah

  • Bajau, Bisaya, Murut, Kedayan, Iranun, Rungus, Suluk, Melayu Brunei dan Orang Sungai.
  • Mereka juga unik dari segi bahasa, agama dan budaya.