Matlamat dan Prinsip Rukun Negara

 
3.3 Matlamat dan Prinsip Rukun Negara
 

Matlamat

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara satu cara hidup demokrasi;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
 
 

Prinsip

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,

berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 
 

Prinsip Pertama (KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN)

  • bermaksud agama sebagai pegangan utama rakyat Malaysia.
  • dapat melahirkan rakyat yang menghormati amalan beragama masyarakat lain.
  • dapat menyatupadukan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.
 

Prinsip Kedua (KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA)

  • setiap warganegara Malaysia memberikan sepenuh taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.
  • menjadikan masyarakat Malaysia bersatu padu dan mempunyai semangat patriotik.
 

Prinsip Ketiga (KELUHURAN PERLEMBAGAAN)

  • bermaksud Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara.
  • tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.
  • menuntut rakyat Malaysia menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan.
 

Prinsip Keempat (KEDAULATAN UNDANG-UNDANG)

  • bermaksud setiap rakyat Malaysia perlu menghormati dan mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan.
  • dapat menjamin keharmonian masyarakat dan keselamatan negara.
  • kedaulatan undang-undang negara perlu dipertahankan.
 

Prinsip Kelima (KESOPANAN DAN KESUSILAAN)

  • bermaksud amalan nilai murni yang melambangkan keperibadian rakyat Malaysia.
  • dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin, berakhlak mulia serta hidup dalam suasana yang harmoni.
  • saling memahami antara satu sama lain serta saling bekerjasama.