Latar Belakang Rukun Negara

 
3.1 Latar Belakang Rukun Negara
 

Rukun Negara

  • ideologi negara bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
  • menjadi panduan dan amalan rakyat Malaysia
  • mempunyai latar belakang dan sejarah pembentukannya yang unik
 

Latar Belakang Rukun Negara

  • dimasyhurkan sebagai Pengisytiharan Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Keempat
  • diisytiharkan bersempena dengan ulang tahun Hari Kebangsaan yang ke-13 pada 31 Ogos 1970
  • dibentuk setelah pentadbiran negara dijalankan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) selepas peristiwa 13 Mei 1969
  • dirangka dan diperkenalkan oleh Jawatankuasa Rukun Negara yang terletak di bawah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada 4 Mac 1970
 
 

MAPEN dianggotai oleh 66 orang wakil daripada:

  • Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
  • kerajaan negeri
  • parti politik
  • wakil Sarawak dan Sabah
  • kumpulan agama
  • badan profesional
  • perkhidmatan awam
  • akhbar
  • guru
  • kesatuan sekerja dan majikan.