Insurans dan Takaful

3.2 Insurans danTakaful
 
KENALI ASET, LIABILITI, INSURANS & TAKAFUL
 

Aset dan Liabiliti

Perkataan Maksud
Aset Apa yang dimiliki seperti wang tunai dan harta benda.
Liabiliti Tanggungan kewangan atau hutang.

 

Insurans dan Takaful
Insurans dan takaful boleh melindungi kita sekiranya sesuatu berlaku kepada diri, anggota keluarga atau harta benda milik kita.

Insurans Takaful

Konsep Jual Beli

Pembeli / Penjual \(\Longrightarrow\) Beli RM 1 000

  • Risiko ditanggung syarikat insurans.
  • Premium insurans milik syarikat.
  • Diawasi undang-undang kerajaan.
  • Tidak wajib patuh syariah.

Konsep Sumbangan

Pencarum / Ejen \(\Longrightarrow\) Sumbangan RM 1 000

  • Risiko ditanggung peserta secara kumpulan.
  • Sumbangan milik dana takaful.
  • Pengendali takaful hanya perngurus dana.
  • Diawasi undang-undang syariah dan kerajaan.
  • Wajib patuh syariah.