Nombor Bulat dan Operasi Asas

 
1.1  Jom Belajar Guna Kalkulator
Bahagian-bahagian Kalkulator
  • Butang On digunakan untuk menghidupkan kalkulator
  • Butang Nombor digunakan untuk menaip nombor
  • Butang Operasi digunakan untuk menaip operasi
  • Dahulukan operasi pendaraban dan pembahagian sebelum operasi penambahan dan penolakan
Langkah-langkah Menggunakan Kalkulator

Hitung jawapan dengan menggunakan kalkulator

\(752\ 168+85\ 479=\)

  • Tekan butang on
  • Tekan butang 7 5 2 1 6 8 +
  • Tekan butang 8 5 4 7 9
  • Tekan butang =. Paparan jawapan di skrin 837647. Tanda ' bermaksud jarakkan antara nombor.
752 168 + 85 479 = 837 647

Perhitungan Melibatkan Operasi Pembahagian

\(235\ 620\ -\ 1\ 740\ \div\space60\ =\)

LANGKAH 1 LANGKAH 2
  • Tekan butang on
  • Tekan butang 1 740 ÷
  • Tekan butang 60 
  • Tekan butang =. Paparan jawapan di skrin 29. 
  • Tekan butang on
  • Tekan butang 235 620 -
  • Tekan butang 29
  • Tekan butang =. Paparan jawapan di skrin 235 591

\(235\ 620\ -\ 1\ 740\ \div\space60\ = 235\ 591\)

Perhitungan Melibatkan Operasi Pendaraban

\(98\ 130\ + \ 675\ \times14\ =\)

LANGKAH 1 LANGKAH 2
  • Tekan butang on
  • Tekan butang 675 x
  • Tekan butang 14
  • Tekan butang =. Paparan jawapan di skrin 9 450.
  • Tekan butang on
  • Tekan butang 98 130 +
  • Tekan butang 9 450
  • Tekan butang =. Paparan jawapan di skrin 107 580.

\(98\ 130\ + \ 675\ \times14\ = 107\ 580\)

 Konsep Pembundaran
  • Jika nombor yang dibundarkan itu mempunyai angka 1-4, maka nombor selepasnya perlu dijadikan '0'.
  • Jika nombor yang dibundarkan itu mempunyai angka 5-9, maka nombor selepasnya perlu dijadikan '0' dan nombor yang dibundarkan ditambah '1'.
Contoh Soalan Pembundaran Menggunakan Kalkulator

107,896 ÷ 19 = 5,678.7368

Bundarkan jawapan kepada 

a) satu tempat perpuluhan

b) dua tempat perpuluhan

Jawapan a)

Lihat digit yang kedua selepas titik perpuluhan, iaitu 3.

Digit 3 kurang daripada digit 5.

Kekalkan digit 7. Abaikan digit 3, 6 dan 8.

5 678.7368 ≈ 5 678.7

Jawapan b)

Lihat digit yang ketiga selepas titik perpuluhan, iaitu 6.

Digit 6 lebih daripada digit 5.

Kekalkan digit 7 dan tambahkan 1 pada digit 3. Abaikan digit 6 dan 8.

= 5,678.74

Konsep Pola Nombor

Pola nombor ialah ketetapan bagi sesuatu siri nombor

Contoh Pola Nombor

1.2  Kenali Nombor Perdana
Definisi
Nombor perdana ialah nombor yang lebih daripada 1 dan hanya boleh dibahagi dengan 1 dan dirinya sendiri
Soalan

Kenal pasti sama ada nombor di bawah merupakan nombor perdana atau bukan nombor perdana

  • 17 = Ya
  • 21 = Tidak (Boleh dibahagi 3 dan 7)
  • 27 = Tidak (Boleh dibahagi 3 dan 9)
1.3  Nombor Tujuh Digit

 Eksplorasi Nombor Tujuh Digit

 Situasi 1

 Data murid pada 31 Ogos 2014 merekodkan jumlah murid sekolah rendah ialah 2,708,211 orang. Mereka terdiri daripada 1,391,785 orang murid lelaki dan 1,316,426 murid perempuan.

 Cara menulis nilai tempat dan nilai digit bagi angka 2,708,211 .

Digit Nilai Tempat Nilai Digit
2 Juta 2 000 000
7 Ratus ribu 700 000
0 Puluh ribu 0
8 Ribu 8 000
2 Ratus 200
1 Puluh 10
1 Sa 1

1,391,785 jika dicerakinkan mengikut nilai tempat akan jadi seperti berikut :

1 391 785 = 1 juta + 3 ratus ribu + 9 puluh ribu + 1 ribu + 7 ratus + 8 puluh + 5 sa             

  • 1,316,426 dibundarkan kepada ratus ribu terdekat menjadi 1,300,000.
  • 1,300,000 boleh ditulis dan disebut sebagai 1.3 juta atau juta.

 Bundarkan 1,600,000 kepada juta yang terdekat.

                

  • 1,600,000 hampir kepada 2,000,000.
  • 1,600,000 dibundarkan kepada juta yang terdekat menjadi 2,000,000.
  • 1,600,000 adalah sama dengan 1.6 juta atau  juta.

 Nombor perpuluhan juta dan pecahan juta

 Situasi 1

 Sebanyak 0.051 juta orang menghadiri jamuan makan malam bersempena Perasmian Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang, Melaka yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada 4 Februari 2010.

sa 0
perpuluhan .
persepuluh 0
perseratus 5
perseribu 1

Sifar perpuluhan sifar lima satu juta                                     

1.4  Hubungan Nombor Perpuluhan Juta dan Pecahan Juta  dengan Nombor Bulat

 Situasi 1

 Terdapat kira-kira 950,000 spesies serangga di Bumi. Tukarkan 950,000 kepada perpuluhan juta. 950,000 =  ? juta

  •  950,000 kurang daripada 1,000,000. 
  • Jadi, nilai digit juta ialah 0.
  • Kemudian, letak titik perpuluhan di antara digit juta dengan digit ratus ribu.
  • Abaikan digit 0 selepas digit 5. 
  • Tulis perkataan juta 
  • = 0.95 juta                      

 Situasi 2

 Nyatakan 6,500,000 dalam perpuluhan juta. 6,500,000 = ? Juta

\(6\ 500\ 000\ = (\dfrac{6\ 5\cancel{00\ 000}}{1\ \cancel{000\ 000}})\ juta\\ \quad \quad \quad \quad \quad=(\dfrac{65}{10})\ juta\\ \quad \quad \quad \quad \quad=6.5\ juta\)

Situasi 3

Tukarkan 250,000 kepada pecahan juta.

\(250\ 000\ = (\dfrac{25\cancel{0\ 000}}{1\ 00\cancel{0\ 000}})\ juta\\ \quad \quad \quad \quad =\dfrac{25\ \div25}{100\ \div100}\ juta\\ \quad \quad \quad \quad =\dfrac{1}{4}\ juta\)                                                                                                     

1.5  Selesaikan Masalah

 Situasi 1

 Pada penghujung tahun 2014, beberapa buah negeri di Malaysia telah dilanda banjir luar biasa. Jadual dibawah menunjukkan anggaran bilangan mangsa banjir di tiga buah negeri.

Hitung jumlah mangsa banjir di tiga buah negeri tersebut. Nyatakan jawapan dalam perpuluhan juta.

Negeri Anggaran bilangan mangsa (orang)
Kelantan 45 400
Terengganu 10 800 kurang daripada Kelantan
Pahang 33 000

Penyelesaian

\(\begin {array}{rr} \\ \space\space\small{\color{red}1}\space\space\space \small{\color{red}1}\space\space\space\space\space\quad\quad \\ \space 4\space5\,\space\space4\space0\space0\\ \quad\space4\space5\,\space\space4\space0\space0\\ + \quad\space3\space3\,\space\space0\space0\space0 \\\hline\space1\space2\space3\,\space\space8\space0\space0\\\hline \end {array}\)         \(\begin {array}{rr} \\ \space1\space 2\space3\,\space\space8\space0\space0\\ - \quad\space1\space0\,\space\space8\space0\space0 \\\hline\space1\space1\space3\,\space\space0\space0\space0\\\hline \end {array}\)                                   

 Situasi 2

 Pada tahun 2015, sebuah kilang mengeluarkan 1/5 juta kg minyak masak untuk dieksport. Sasaran pengeluaran pada setiap tahun berikutnya adalah 2 kali jisim minyak masak itu berbanding tahun sebelumnya. Berapakah jisim, dalam kg, minyak masak yang dikeluarkan pada tahun 2019 ?

 Penyelesaian 

Tahun Jisim (kg)
2015 200 000
2016 2 x 200 000 = 400 000
2017 2 x 400 000 = 800 000
2018 2 x 800 000 = 1 600 000
2019 2 x 1 600 000 = 3 200 000

\((\dfrac{3\ 2\cancel{00\ 000}}{1\ 00\cancel{0\ 000}})\ juta=\dfrac{32}{10}\ juta\\ \quad \quad \quad \quad \quad \quad \quad \quad = 3.2\ juta\)