8.2 |
Mod, Median, Min dan Julat |
|
|
|
|
|
|
Kita akan belajar mengenali dan menentukan mod, median, min, dan julat daripada data tak terkumpul.
|
|
|
|
|
MOD |
|
|
Kategori yang mempunyai kekerapan ulangan tertinggi.
|
|
|
CONTOH:
Katakan anda mempunyai senarai nombor berikut:
- 3, 3, 8, 9, 15, 15, 15, 17, 17, 27, 40, 44, 44
Dalam kes ini, mod adalah 15 kerana ia merupakan nombor bulat yang paling kerap muncul. Walau bagaimanapun, jika terdapat satu dari nombor 15 yang kurang dalam senarai, maka anda akan mempunyai empat mod iaitu 3, 15, 17, dan 44.
|
|
|
|
|
|
MEDIAN |
|
|
Nilai data yang berada di tengah-tengah bagi sekumpulan data yang disusun secara menaik.
|
|
|
CONTOH:
Nombor tengah atau median adalah 15.
|
|
|
|
|
|
MIN |
|
|
Purata nombor.
|
|
|
CONTOH:
Katakan anda mempunyai empat skor ujian iaitu 15, 18, 22, dan 20.
Bagi mendapatkan purata, anda mesti menambah keempat-empat skor bersama-sama dan bahagikan jumlahnya dengan empat. Purata yang dihasilkan ialah 18.75.
\(\frac{15+18+22+20}{4}=\frac{75}{4}=18.75\)
|
|
|
|
|
|
JULAT |
|
|
Beza antara nilai maksima dengan nilai minima.
|
|
|
CONTOH:
Bagi mengira julat, tolak nombor 3 dari nombor 44 dan akan mendapat julat 41.
44 - 3 = 41
|
|
|
|