|
Bab ini adalah tentang asas termasuk empat teknik asas dalam pemikiran komputasional. Anda dapat menyelesaikan sesuatu tugasan yang kompleks dengan menggunakan teknik-teknik asas tersebut. |
|
|
1.1 |
Asas Pemikiran Komputasional |
|
|
|
Pemikiran komputasional |
|
|
Satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah oleh manusia berbantukan mesin dengan menggunakan konsep asas sains komputer. |
|
|
|
|
|
|
|
Proses pemikiran komputasional |
|
|
|
Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:
- Kemahiran berfikir secara logik
- Kemahiran membina algoritma
- Kreativiti
- Belajar daripada kesalahan
- Berupaya menjelaskan
- Dapat bekerja sepasukan
|
|
Teknik dalam Pemikiran Komputasional:
- Teknik Leraian
- Teknik Pengecaman Corak
- Teknik Peniskalaan
- Teknik Pengitlakan
|
|
Teknik Leraian: |
- Melibatkan pecahan masalah atau sistem kepada bahagian-bahagian kecil
- Proses ini memudahkan pemahaman dan penyelesaian bahagian-bahagian kecil boleh diteliti, diselesaikan atau direka bentuk secara berasingan
- Membolehkan masalah yang besar dapat diselesaikan dengan mudah
|
|
Teknik Pengecaman Corak: |
- Mengenal pasti corak- corak tertentu setelah bahagian-bahagian kecil dipisahkan
- Corak-corak dinilai berdasarkan persamaan atau ciri-ciri yang sama
- Penelitian pada kesamaan dan corak dapat memudahkan penyelesaian masalah yang kompleks
|
|
Teknik Peniskalaan: |
- Aspek-aspek kurang penting ditinggalkan
- Fokus kepada aspek-aspek yang penting
|
|
Teknik Pengitlakan: |
- Melibatkan pembinaan model bagi masalah yang diselesaikan
- Model boleh dalam bentuk formula, teknik, peraturan atau langkah-langkah
|
|
Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib |
- Teknik leraian membantu dalam memahami sesuatu proses kerja dengan lebih mudah dan membantu memberi penerangan yang lebih jelas kepada orang lain atau menyediakan algoritma yang lebih tepat.
|
|
Pengecaman Corak dalam Sesuatu Situasi |
- Pengecaman corak merupakan satu teknik yang boleh dilakukan antara masalah-masalah yang berlainan atau antara bahagian kecil dalam masalah yang sama.
- Teknik ini membantu menghasilkan satu idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lain yang mempunyai persamaan.
- Masalah yang mempunyai corak yang sama menjadi lebih mudah diselesaikan kerana boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang sama.
|
|
Membuat Keputusan Berdasarkan Aspek Penting |
- Aspek-aspek penting perlu dikenal pasti sebelum membuat keputusan untuk mengambil kira setiap pilihan yang ada.
- Faktor-faktor yang akan mempengaruhi hasil atau output yang dikehendaki merupakan aspek-aspek penting.
|
|
Ciri-ciri Kesamaan dalam Sesuatu Permasalahan |
- Kebolehan untuk mengenal pasti kesamaan atau perbezaan merupakan kemahiran asas bagi penyelesaian masalah dan mereka bentuk algoritma.
- Masalah boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil yang lebih mudah diselesaikan apabila ciri-ciri kesamaan atau perbezaan dapat dikesan.
- Jika banyak corak yang ditemui, maka lebih cepat dan mudah masalah dapat diselesaikan.
|