Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

 
Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
 
  • Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera.
  • Dasar pemerintahan diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army - dilaksanakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
 

Dasar Pentadbiran

  • Pentadbiran tentera Jepun
    • Pada peringkat awal Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera membentuk Kawasan Pertahanan Khas.
    • Diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25, berpusat di Singapura.
    • Pada April 1944, dipisahkan kerana terdapat perbezaan sistem politik dan ekonomi ketara di bawah British dan Belanda sebelum perang.
    • Sumatera di bawah pasukan tentera Jepun ke-25, berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera.
    • Tanah Melayu ditadbir oleh tentera Jepun ke-29, berpusat di Taiping, Perak.
    • Dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru).
    • Singapura dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) dan diasingkan dari Tanah Melayu.
    • Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula dipindahkan bawah pentadbiran di Thailand.
    • Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran (Kita Boruneo) yang diketuai Gabenor Jeneral di bawah tentera Jepun ke-37, berpusat di Kuching.
    • Kempetai:
      • Pasukan polis tentera untuk menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun.
      • Ganas, kejam, menyiksa dan membunuh sesiapa di syaki sebagai antipentadbiran Jepun.
  • Dasar terhadap Raja-raja Melayu
    • Pentadbiran tentera Jepun iktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.
    • Diberi bayaran pencen seperti sebelum perang.
    • Diawasi oleh Gabenor Jepun
  • Dasar terhadap kepimpinan tempatan
    • Jepun beri peluang pemimpin tempatan yang berpengalaman dan berpendidikan untuk kenaikkan pangkat.
    • Mengatasi kekurangan pengawai dan mendapatkan sokongan penduduk.
    • Jepun tubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrejo- menanam semangat memperjuangkan politik Jepun.
 

Dasar Ekonomi

  • Rancangan Pengeluaran Lima Tahun diperkenalkan
    • membangunkan industri tempatan.
    • Memastikan penggunaan optimum peralatan. 
  • Jawatankuasa Penyelidikan Bahan diperkenalkan.
  • Mata wang Jepun mengganti mata wang British.
 

Dasar Sosial

  • Pendidikan
    • Menutup sekolah Inggeris dan Cina.
    • Bangunan digunakan untuk keperluan pentadbiran.
    • Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
      • membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu).
      • mencapai teknologi industri.
      • menerapkan nilai Jepun.
    • Menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin), hormati Maharaja Jepun (Tenno Heika).
    • Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dijalankan.
    • Perhimpunan sekolah bermula dengan menghadap arah negara Jepun dan nyanyian lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo).
    • Pegawai agama diminta sampaikan hal yang diputuskan oleh tentera Jepun dalam kelas agama di masjid dan surau.
    • Masjid digunakan untuk sokong dasar Jepun.
  • Sikap Jepun terhadap agama
    • Tentera Jepun menghormati agama Islam dan adat Melayu
    • Tidak campur tangan dalam adat resam tempatan.
    • Kelas pengajian al_quran dan sekolah agama diteruskan.
    • Majlis Agama Negeri ditubuhkan
    • Persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar.
  • Catuan dan penghasilan makanan
    • Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting diperkenalkan - kawal bekalan barangan.
    • Catuan makanan dikuatkuasakan - kawal jualan barangan keperluan asas.
    • Menggalakkan penduduk menanam makanan sendiri - kempen "Tambah Lebih Banyak Makanan".
    • Menjadikan penduduk lebih kreatif - hasilakn tempe daripada biji getah.
  • Layanan terhadap penduduk
    • Jepun beri layanan berbeza mengikut kaum.
    • layanan baik kepada kaum Melayu untuk dapat sokongan.
    • Membantu orang India tubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara, pimpinan Subhas Chandra Bose.
    • Jepun beri layanan teruk kepada orang Cina kerana permusuhan daripada Perang China-Jepun.
    • Orang Cina dipaksa bayar wang sebagai hukuman penentangan mereka.
    • Landasan Kereta Api Maut antara bukti kekejaman Jepun:
      • Orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh.
      • Ramai terkorban akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan, kerja berat dan pelbagai jenis penyakit.