Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun
 
Serangan Amerika Syarikat ke atas Jepun
  • Amerika Syarikat telah menggunakan bom atom dalam serangan terhadap Jepun pada bulan Ogos 1945.
  • Peristiwa tersebut membawa kekalahan tentera Jepun dan berakhirnya perang Dunia Kedua.
 
Imej ini menunjukkan garis masa kekalahan tentera Jepun dan pengakhiran Perang Dunia Kedua. Garis masa ini dibahagikan kepada empat peristiwa utama: 1. 8 Ogos 1945: Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan. 2. 6 Ogos 1945: Bom atom 'Little Boy' digugurkan ke atas bandar Hiroshima. 3. 9 Ogos 1945: Bom atom 'Fat Man' digugurkan ke atas bandar Nagasaki. 4. 15 Ogos 1945: Maharaja Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah dan meminta agar maharaja terus diiktiraf sebagai pemerintah dan dipersetujui oleh pihak Bersekutu.
 
Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu
  • Disebabkan kelewatan pendaratan tentera British, Bintang Tiga PKM mengambil alih penguasaan melalui MPAJA.
  • Bintang Tiga menjalankan undang-undang sendiri.
  • Menghukum mati sesiapa yang bekerjasama dengan tentera Jepun terutama orang Melayu.
  • Tanah Melayu berada dibawah penguasaan Bintang Tiga selama 14 hari.
 
Tindak Balas Orang Melayu
  • Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam.
  • Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan maruah bangsa, hak dan harta serta kelangsungan hidup orang Melayu.
  • Haji Salleh Abdul Karim atau dikenali sebagai Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga.
  • Menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah.
  • Tuan Haji Bakri Haji Mohd Saman sebagai Khalifah Parang Panjang menentang dan mempertahankan orang Melayu di Sungai Manik, Perak.
 
Lokasi Kebangkitan Orang Melayu Menentang Bintang Tiga
Negeri Lokasi
Johor Batu Pahat (Ayer Hitam, Senggarang dan Rengit ) Muar
Negeri Sembilan Batu Kikir (Padang Lebar)
Melaka Alor Gajah
Perak Sungai Manik, Teluk Anson, Kampung Gajah, Bidor, Kuala Kangsar
Pahang Temerloh Raub
Kedah Baling
 
Kompromi dan Usaha Perundingan
  • Kebangkitan orang Melayu menentang Bintang Tiga mencetuskan pergaduhan kaum.
Usaha Dato' Onn Jaafar
  • Dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.
  • Tugas utama untuk menamatkan kekacauan dan pulihkan keamanan.
  • Mengatur perundingan dengan Kiai Salleh dan Pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga.
  • Berjaya membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja.
  • Bintang Tiga menamatkan penguasaan di Balai Polis Batu Pahat.
Peranan Raja-raja Melayu
  • Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk berhenti pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di daerah-daerah mereka.
  • Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk menjalankan pemulihan selepas perang.
 
Sarawak selepas Jepun Menyerah Kalah
  • Ketegangan kaum berlaku di beberapa tempat sebelum pendaratan tentera Australia.
  • Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang menyokong Jepun di Kanowit.
  • Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara kaum.