Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
 
Kesan Pendudukan Jepun
  • Pendudukan Jepun meninggalkan kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat di negara kita.
  • Dasar pemerintahan Jepun membawa perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
 
Imej ini menunjukkan carta alir dengan tajuk ‘FAKTOR PENENTANGAN PENYERAHAN SARAWAK’ di tengah. Terdapat tiga kotak yang disusun dalam bentuk segitiga dengan anak panah yang menghubungkannya. Kotak pertama (01) di sebelah kiri atas menyatakan ‘Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941’. Kotak kedua (02) di sebelah kanan atas menyatakan ‘Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke’. Kotak ketiga (03) di bawah menyatakan ‘Gerald T. MacBryan menggunakan muslihat’. Di bahagian bawah carta terdapat logo ‘Pandai’.
 
Perkembangan Gerakan Nasionalisme Kesan Pendudukan Jepun
Perkembangan Semangat Antipenjajah
  • Jepun menggunakan slogan "Asia untuk Asia" dan "Konsep Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya" - tekankan kebebasan Asia
  • Selari dengan perjuangan nasionalis Kesatuan Melayu Muda (KMM).
  • KMM bekerjasama dengan Jepun untuk beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu
  • Tentera Jepun membebaskan ahli KMM yang dipenjarakan oleh British.
  • Jun 1942, Jepun membubarkan KMM kerana menuntut kemerdekaan daripada Jepun.
  • Jepun tidak akan beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu walaupun KMM telah membantu dalam peperangan dengan British.
  • Anggota KMM dalam organisasi ketenteraan yang ditubuhkan Jepun Giyu Gun dan Giyu Tai sertai gerakan bawah tanah menentang Jepun tetapi dalam masa sama bekerjasama dengan pentadbiran tentera Jepun.
  • Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia.
  • Jepun restui matlamat KRIS.
  • Perjuangan KRIS gagal kerana Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua.
  • Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas zaman pendudukan Jepun.
Kesedaran politik di Sarawak dan Sabah
  • Kegiatan penduduk Sarawak dikawal melaui persatuan yang ditaja oleh Jepun.
  • Kakeo Kokokai
    • Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jepun.
    • Gabungan persatuan Cina yang merangkumi dialek, daerah dan nama keluarga di bawah satu pertubuhan.
    • Mempunyai cawangan di bandar utama yang didiami orang Cina seperti Sibu.
  • Orang Melayu dan Iban diberi jawatan dan kuasa lebih tinggi sebagai Pegawai Daerah.
  • Di pantai timur Sabah, Parti Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan, Orang Kaya-Kaya Abu Bakar sebagai pengerusi.
 
Pemimpin Tempatan Dilantik menjadi Pegawai Daerah pada Zaman Pendudukan Jepun di Sarawak
Pegawai Daerah Kawasan
Abang Haji Openg Kuching
Empenit Adam Simanggang
Satem Lawas
 
Kakeo Kokokai
  • Ialah Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jepun yang menggabungkan persatuan Cina yang merangkumi dialek, daerah dan nama keluarga di bawah satu pertubuhan.
  • Pertubuhan ini diasaskan di Kuching serta mempunyai cawangan di bandar utama yang didiami oleh orang Cina seperti di Sibu.