Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

 
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
 
  • Berlaku pada tahun 1941 hingga 1945.
  • Juga dikenali sebagai Perang Pasifik.
  • Berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
  • Berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di Asia Pasifik.
 

Peluasan Kuasa Jepun

  • Pembaharuan Meiji membawa pemodenan Jepun sebagai kuasa industri dan memiliki tentera setaraf Barat.

Dasar Peluasan Kuasa Jepun

  • Keperluan Perindustrian
    • Jepun ingin mengurangkan kebergantungan kepada Barat.
    • Perlukan wilayah yang dapat bekalkan bahan mentah dan pasaran.
  • Pengaruh golongan tentera
    • Jepun mempunyai angkatan tentera paling moden pada abad ke-20.
    • Jepun lebih agresif apabila golongan tentera menguasai politik.
    • Berpendapat masalah ekonomi Jepun boleh diselesaikan dengan penaklukan kawasan yang kaya bahan mentah.
    • Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun dan heret Jepun dalam perang.
  • Orde Baharu Asia
    • Bermaksud rancangan Jepun untuk singkirkan imperialis Barat di Asia dan anjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan lebih adil dalam kalangan negara di Asia.
    • Jepun wujudkan orde baharu di Asia Timur (Korea, Jepun, China dan Manchuria).
    • Menjadikan Asia Timur sebagai satu blok ekonomi.

Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun

  • Jepun menguasai kawasan strategik di Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan Indochina.
  • Mendapat reaksi daripada pihak Bersekutu, Amerika Syarikat, British dan Belanda.
  • Pihak Bersekutu membuat sekatan ekonomi - halang Jepun daripada mendapat bahan mentah untuk industri dan operasi perang.

Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan

  • Merupakan jalan keluar daripada sekatan ekonomi
  • Disebabkan wilayah selatan kaya dengan bahan mentah - bijih timah, getah, bauksit dan petroleum.
  • Disebabkan pakatan dengan Kuasa Paksi, Jerman menghantar pakar ketenteraannya untuk kaji serangan wilayah selatan dan bantu dalam pembuatan kapal terbang Jepun.
 
  • Hasrat Jepun membentuk pemerintahan baharu di Asia Pasifik mencapai kemuncak bila rundingan di Amerika Syarikat untuk menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun gagal.
  • Pemerintah tentera Jepun mengarahkan serangan serentak terhadap Asia Pasifik pada Disember 1941.
 

Pakatan Tiga Negara

  • Jepun menandatangani perjanjian Pakatan Tiga Negara dengan Jerman dan Itali.
  • Jepun terikat dengan Kuasa Paksi.
 

Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

  • Bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour, Hawaii (pangkalan tentera laut Amerika Syarikat).
  • Serangan terhadap Pearl Harbour untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik.
  • Lakukan serangan di wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda (Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake)
  • Amerika Syarikat isytihar perang terhadap Jepun.
  • Jepun berjaya membentuk empayar luas di Asia Pasifik dengan strategi yang berkesan dan menguasaan serangan laut, darat dan udara.