Perang Dunia Kedua

3.3

Perang Dunia Kedua

 
  • Perang Dunia Kedua (1939-1945).
  • Pertempuran berlaku di dua medan iaitu di Eropah dan Asia Pasifik.
  • Eropah terumpu di negara Eropah dan utara Afrika.
  • Asia Pasifik terumpuh di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
  • Melibatkan dua pakatan, Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.
 
Faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah  
  • Kemunculan Ideologi Baharu
    • Jerman mengadakan gerakan politik radikal akibat kemelesetan ekonomi.
    • Fasisme
      • Pimpinan oleh Benito Mussolini.
      • Parti Fasis berjaya menguasai kerajaan Itali.
      • Fasisme beri keutamaan kepada kepentingan negara lebih daripada individu.
      • Percaya kepada nasionalisme melampau.
      • Percaya berperang meningkatkan imej negara.
      • Itali meluaskan tanah jajahan - menguasai Habsyah (Ethiopia) dan Albania.
    • Nazisme
      • Pimpinan Adolf Hitler.
      • Parti Nazi berjaya membentuk kerajaan Jerman.
      • Hitler memulihkan nasionalisme Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles. 
      • Membina angkatan tentera semula.
      • Menduduki semula Rhineland (wilayahnya yang hilang semasa Perjanjian Versailles).
 
  • Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles
    • Jerman menganggap perjanjian tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya.
    • Kehilangan tanah jajahan dan perlu membayar pampasan perang yang tinggi menyebabkan inflasi.
    • Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberi tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dari Poland.
 

 

    Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
    • Gagal dalam menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perand Dunia Pertama.
    • Krisis Liga Bangsa-Bangsa:
      • Krisis Manchuria (1931-1933) - Jepun menakluki Manchuria, wilayah bawah penguasaan China.
      • Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934) - Jerman keluar dari Liga Bangsa-Bangsa dan perbesar tentera secara terbuka.
      • Krisis Habsyah (1935-1936) - Itali serang Habsyah di Afrika.
 
Perang Dunia Kedua di Eropah

 

  • Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman menyerang Polang.
  • Britain dan Perancis isytihar perang terhadap Jerman.
  • Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat.
    • Jerman memulakan serangan Blitzkrieg - serangan kilat.
    • Berjaya menawan Poland 1939, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis.
  • Serangan Jerman ke atas Rusia.
    • Jerman lancarkan Operasi Barbarossa - serangan besar-besaran untuk menawan Rusia dengan menyasarkan bandar utama iaitu Leninggrad, Moscow dan Stalingrad.
 
  • Pengeboman Britain.
    • Jerman lancarkan serangan udara dan laut.
    • Memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain.
 
  • Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah.
    • Itali bersekutu dengan Jerman.
    • Itali isytihar perang terhadap Britain dan Perancis, Jun 1940.
    • Menyerang Perancis dari arah selatan.
    • Jerman serang dari arah utara.
 
Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah
  • Kerjasama Kuasa Besar
    • Amerika Syarikat, Rusia dan Britain berkerjasama.
    • Amerika Syarikat mengetuai operasi Tentera Bersekutu sebagai Komander Tertinggi.
 
  • Keberkesanan Strategi Serangan
    • Kegagalan menawan Rusia akibat kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan.
      • Disebabkan tempoh perang yang lama, Jerman kehilangan banyak nyawa, kehabisan peluru dan makanan.
      • Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus ingkar perintah Hitler untuk teruskan peperangan.
      • Menyerah kalah kepada tentera Rusia di Stalingrad, Januari 1943.
    • Kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis dibawah pimpinan Amerika Syarikat.
      • Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis dalam operasi "D-Day".
      • Membolehkan tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat dan Rusia menyerang dari arah timur.
      • Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah dan menamatkan Perang Dunia Kedua yang berlangsung selama enam tahun.