Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

   
4.2 Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
 
 
  • Sebelum kehadiran British, empat negeri ini berhadapan pengaruh Siam
  • Kedudukan strategik dan kemakmuran negeri menarik perhatian British
  • British tidak dapat meluaskan kuasanya selagi di bawah naungan Siam
 
Faktor Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
 

a) Kedudukan yang Strategik

  • Kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British
  • Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura
 

b) Menghalang Kemasukan Kuasa Barat lain

  • Negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu meurpakan penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan
  • Antara kuasa Barat tersebut termasuklah Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia yang cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara
  • British perlu menguasai negeri-negeri ini untuk menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut
  • Kemaraan kuasa Barat dapat dilihat dari pelbagai aspek:-
 
 

c) Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil

  • Kedah dan Perlis – hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang yang dikuasai oleh British
  • Kelantan dan Terengganu – aktiviti pembuatan seperti petukangan dan pembinaan kapal menjadi sangat penting. Kedua-dua negeri menjadi pembekal pelbagai barang dagangan kepada pedangan Singapura.
 

d) Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang

  • British berhasrat menghubungkan Burma yang dengan Pulau Pinang dan Singapura
  • Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India
  • Hal ini sangat penting bagi pedagangan dan keselamatan British
 

e) Beban Orang Putih

  • British mendapati Siam melakukan kekejaman di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya
 
 
Strategi Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
 

Ke arah Perjanjian Bangkok 1909

  • Negeri-negeri Melayu yang memiliki hubungan rapat dengan Siam ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 
  • Bagi kerajaan Siam, negeri ini adalah di bawah naungannya
  • Perlu menghantar bunga emas dan perak setiap 3 tahun sekali sebagai tandan pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam
  • Pengaruh Siam ke atas negeri ini kurang menyenangkan pihak British
  • Matlamat British untuk memastikan laluan perdagangan di antara India dan China berada dalam keadaan selamat
  • Menyedari bahawa konfrontasi secara bersemuka akan merugikannya, British menggunakan strategi perjanjian bagi meluaskan kuasa
  • Tahun 1826: terdapat beberapa siri penjanjian melibatkan British dan Siam yang menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu
  • Perjanjian diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan British meluaskan kuasa.
 
 
Perjanjian Bangkok 1909
 
  • 10 Mac 1909: Perjanjian ditandatangani oleh British dan Siam
  • Memberi laluan kepada British untuk menguasai negara kita tanpa gangguan kuasa luar
 
Rentetan Peristiwa Perjanjian Bangkok 1909