Sarawak
1) Iban – berasal dari sungai kapuas mula berhijrah dan menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar 2) Bidayuh – berasal dari Sungkung, Kalimantan dan kemudian berhijrah ke Selatan Sarawak 3) Melayu– bermula dengan kemunculan kerajaan awal di Sarawak seawal abad ke-6. – kaum ini menetap di semua bahagian di Sarawak termasuklah di pedalaman seperti Belaga, Baram 4) Orang Ulu – terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Punan. – kaum Kayan dan Kenyah berasal dari sungai Kayan dan berhijrah ke kawasan hulu sungai Rajang, Nalui, Baram dan hulu Kemena. 5) Melanau– sejak dari dahulu kaum Melanau mendiami kawasan tengah Sarawak
Kepetingan Sungai 1) Kegunaan Harian – sumber minum, mandi dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk. 2) Kegiatan Rekreasi – kegiatan rekreasi pesta regata dan acara prahu berhias. 3) Sumber Rezeki – sumber rezeki kepada penduduk sekitar kawasan sungai 4) Perdagangan – kegiatan perdagangan dan jual beli di sungai 5) Petempatan – kawasan petempatan yang dikenali sebagai kampung air 6) Pengangkutan – sampan dan bot menjadi pengangkutan utama untuk membawa penumpan dan barang
1) Tenuan Kain a) Pua Kumbu – hasil kerja kaum Iban yang dibuat daripada kain kapas – digunakan dalam pelbagai majlis seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian b) Keringkam – hasil kerja kaum Melayu yang dibuat daripada kain kapas dan kain sutera – kain tersebut disulam dengan benang emas, perak dan tembaga 2) Kraf Tangan a) Sintung duduk – dihasilkan oleh kaum Iban untuk membawa benih padi b) Lanji – membawa hasil padi c) Basong – untuk memburu d) Bakul – orang Ulu menghiasi bakul dengan manik -simbol naga, manusia, burung Kenyalang dan harimau dihiasi pada bakul e) Terendak – kaum Melanau menghasilkan penutu kepala (Terendak) – digunakan semasa kerja harian. 3) Pertukangan a) Tiang Totem – dihasilkan oleh orang Ulu yang melambangkan status masyarakat. – hanya mayat golongan atas boleh diletak tinggi di atas tiang b) Patung Burung Kenyalang – lambang kepahlawanan kaum Iban – digunakan sebagai pemberi semangat kepada pahlawan iban – menjadi penjaga rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit
1) Kaum iban, bidayu dan orang Ulu merayakan pesta menuai/gawai dayak. 2) Masyarakat Iban pula merayakan upacara Miring semasa gawai dayak bertujuan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada Petara/Tuhan 3) Keunikan gawai dayak – acara kumang dan keling gawai iaitu pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan 4) Kaum bisaya mengadakan Pesta Babulang yang merupakan pesta Menuai. 5) Kaum Kadayan mengadakan Makan Tahun sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani 6) Kaum Melanau mengadakan pesta Kaul yang bertujuan untuk mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat yang dipanggil sebagai Ipok.
1) Ngajat – ditarikan oleh kaum Iban dan orang Ulu. – jenis tarian Ngajat seperti Ngajat Indu dan Ngajat Lesung 2) Bermukun – merupakan acara bergendang – keunikan ialah gendangnya dipalu oleh wanita dan penarinya hanya lelaki – ditarikan semasa majlis perkahwinan – semasa bermukun, para pemukul gendang akan berbalas pantun 3) Tarian Datun Julud – berasal daripada kaum orang Ulu – lambang kegembiraan dan terima kasih – penarinya ialah Wanita Uang memakai pakaian berwana-warni dengan perhiasan kepala – bulu burung kenyalang digunakan semasa menari – tarian diiringi oleh alat muzik tradisional iaitu Sape.
1) Rumah Panjang – merupakan seni bina kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu – bertujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk Fungsi a) Tempat tinggal b) Tempat berinteraksi c) Mengadakan acara-acara perayaan Bahan pembuatan : kayu keras seperti kayu belian, atap diperbuat daripada daun tebal (Daun Rumbia) 2) Rumah Tinggi – hasil binaan kaum Melanau Fungsi – Dibina tinggi 10 meter dari aras tanah untuk mengelak serangan musuh Bahan pembuatan – kayu keras dan bulat 3) Rumah Baruk – seni bina oleh kaum bidayuh – seni bina baruk ialah bulat dan berbentuk kon dengan puncaknya dihiasi dengan lambang burung kenyalang Fungsi a) tempat menyimpan tengkorak b) menyimpan senjata c) pusat ritual d) mesyuarat dan majlis sosial. Bahan pembuatan – kayu keras, atapnya ditutup dengan daun rumbia, dinding diperbuat daripada buluh.
Sabah
1) Kadazandusun – mendiami di kawasan Penampang, Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau. – nama Dusun diberi oleh Brunei yang bermaksud petani pedalaman 2) Murut– tinggal di kawasan Tenom hingga Kalabakan – nama murut diberikan oleh orang Brunei bermaksud orang bukit / orang dari pedalaman pergunungan yang terpencil. 3) Bajau/Sama – asal usul dari Sambaungan (Zamboanga) dan Johor – keunikan ialah budaya menunggang kuda 4) Suluk – berasal dari kepulauan Sulu dan ramai yang menetap di kawasan Pantai Timur Sabah. 5) Orang Sungai – tinggal di sungai Kinabatangan, sungai Sugut, sungai Paitan, dan sungai Labuk
1) Tenuan Kain a) Inavol – kaum Rungus menggubah Inavol dan menghasilkan selendang yang berwarna-warni b) Dastar – kaum Iranum menghasilkan kain Dastar yang biasa digunakan sebagai tanjak 2) Kraf Tangan a) Wakid – membawa barang yang besar b) Tayen – membawa hasil dari kebun dan barang hantaran perkahwinan c) Buan – sebagai tempat menyimpan barang d) Duang (Tudung Salji) – diperbuat daripada Daun Serdang oleh kaum Bajau/Sama 3) Pertukangan a) Guuk – untuk memotong rumput b) Pida – untuk upacara perkahwinan
1) Penduduk Kadazandusun dan Murut merayakan pesta Kaamatan 2) Pesta ini merupakan Simbol Kesyukuran untuk meraikan Semangat Padi atau Bambaazon/Bambarayon 3) Upacara ini dijalankan oleh Bobohizn/Bobolian 4) Dengan melakukan upacara ini, penduduk berharap agar mendapat lebih banyak hasil Tuauan Padi pada tahun hadapan 5) Acara yang diadakan dalam pesta ini seperti Ratu Cantik / Unduk Ngadau (Asal usul pengorbanan Huminodun) 6) Pesta Ragata Lepa merupakan perayaan memperingati peranan lepa dalam kehidupan Bajau/Sama 7) Acara lain diadakan seperti perlumbaan perahu
1) Sumazau – tarian kaum Kadazandusun – variasi tarian mengikut kawasan seperti Penampang dan Papar – tarian ini ditarikan semasa pesta keaamatan dan majlis keramaian – perkataan Sumazau diambil daripada perkataan “Sazau” – yang merujuk pergerakan tangan penari seperti seekor Burung Helang 2) Magunatip – ditarikan oleh kaum murut di kawasan pedalaman – tarian yang menggunakan dua batang buluh ini ditarikan semasa majlis Keramaian 3) Limbai – tarian kaum bajau/sama dari pantai barat Sabah ini ditarikan secara berpasangan. – pasangan wanita akan memakai Sarimpak (hiasan kepala) – tarian ini ditarikan semasa majlis perkahwinan dan majlis keramaian.
1) Rumah Panjang Rungus – binaan kaum rungus yang dikenali sebagai Vinatang – keistimewaan ialah bilik tidurnya dibina dengan keduduka kepala pada sudut tepat arah gunung kinabalu Fungsi a) Kediaman dan kubu petahanan b) Mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-ahlinya Bahan pembuatan – kayu bulat, buluh, kulit kayu, daun nipah 2) Rumah Panjang Murut – seni bina kaum murut yang dikenali seperti Tulus dan Pahun Fungsi a) Dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan b) Keunikkannya, pintu rumah dibina di tepi rumah dan terdapat ruang memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga c) di bahagian tengah, tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran Bahan pembuatan – kayu bulat, kulit kayu, daun tolidus 3) Lepa – merupakan sebuah perahu dibuat oleh kaum Bajau/Sama Fungsi a) mengangkut barang b) tempat kediaman Bahan pembuatan a) diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir b) atapnya diprbuat daripada daun nipah
Assess yourself by staged practices