05-03: Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka

5.3

Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka

Pengenalan

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511.

Faktor Dalaman

  • Masalah Kepimpinan
  1. Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran.
  2. Perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar.
  • Masalah Perpaduan
  1. Askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka.
  2. Rakyat tidak bersatu padu.
 
Serangan Portugis

  • Kedatangan Portugis ke Alam Melayu kerana ingin mencapai matlamat kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran. Portugis ingin mengawal perdagangan rempah,  menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam. Disebabkan kegagalan rundingan antara Portugis dan Melaka, Portugis melancarkan serangan sebanyak tiga kali, iaitu pada 25 Julai 1511, 10 Ogos 1511 dan 24 Ogos 1511.
 
Strategi Melaka Menghadapi Serangan Portugis

  • Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai.
  • Melaka menggunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan Portugis.
  • Menggunakan lancaran (perahu yang bergerak laju) dan perahu berapi.
 
Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan

  • Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentan.
  • Di antara tahun 1515 hingga 1519, Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka tetapi gagal.
  • Pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah dimusnahkan oleh Portugis.
  • Akhirnya, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat pada tahun 1528.