3.1 |
Sistem Pengangkutan Dalam Organisma |
Definisi |
Sistem pengangkutan dalam organisma dikenali sebagai sistem peredaran darah
|
Kepentingan sistem pengangkutan dalam organisma:
3.2 |
Sistem Peredaran Darah |
Definisi |
Satu sistem bertiub yang mempunyai pam dan injap yang terdiri daripada tiga komponen iaitu jantung, salur darah dan darah untuk memastikan pengaliran darah berlaku dalam satu hala sahaja
|
Sistem peredaran darah untuk 3 kelas vertebrata:


Struktur dan fungsi jantung manusia:


Struktur |
Fungsi |
Atrium kiri |
Mengepam darah beroksigen ke ventrikel kiri |
Atrium kanan |
Mengepam darah ternyahoksigen ke ventrikel kanan |
Ventrikel kiri |
Mengepam darah ke semua bahagian badan kecuali peparu |
Ventrikel kanan |
Mengepam darah ternyahoksigen dari jantung ke peparu |
Vena kava |
Membawa darah ternyahoksigen dari seluruh badan ke atrium kanan |
Arteri pulmonari |
Membawa darah ternyahoksigen dari ventrikel kanan ke peparu |
Aorta |
Membawa darah beroksigen dari ventrikel kiri ke semua bahagian badan (arteri paling besar) |
Vena pulmonari |
Membawa darah beroksigen dari peparu ke atrium kiri |
Septum |
Mengasingkan ruang kiri dan ruang kanan jantung |
Injap trikuspid |
Menghalang pengaliran semula darah dari ventrikel kanan ke atrium kanan ketika pengecutan ventrikel |
Injap bikuspid |
Menghalang pengaliran semula darah ke dalam ventrikel kiri dari atrium kiri ketika pengecutan ventrikel |
Injap sabit |
Menghalang pengaliran semula darah ke ventrikel ketika ventrikel mengendur |
Kecekapan fungsi jantung manusia:
-
Dinding jantung dibina daripada otot kardium yang boleh mengecut dan mengendur secara beritma
-
Ventrikel mempunyai dinding yang lebih tebal dan mengecut lebih kuat daripada atrium
-
Mempunyai injap yang memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja
-
Mempunyai septum yang memastikan darah beroksigen dan darah ternyahoksigen tidak bercampur
Struktur dan fungsi salur darah manusia:


Jenis salur darah |
Vena
|
Fungsi |
Membawa darah ke jantung |
Saiz lumen |
Besar |
Ketebalan dinding |
- Nipis
- Kurang berotot
- Kurang kenyal
|
Injap |
Ada |
Aliran darah |
Perlahan dan di bawah tekanan sangat rendah |
Jenis darah yang diangkut |
Darah ternyahoksigen kecuali vena pulmonari |
Jenis salur darah |
Kapilari darah |
Fungsi |
- Menghubungkan arteri dan vena
- Membenarkan pertukaran bahan antara darah dan sel badan
|
Saiz lumen |
Sangat kecil |
Ketebalan dinding |
Dinding setebal satu sel |
Injap |
Tiada |
Aliran darah |
Sangat perlahan dan di bawah tekanan sangat rendah |
Jenis darah yang diangkut |
Kedua-dua darah beroksigen dan terdeoksigen |
Jenis salur darah |
Arteri |
Fungsi |
Membawa darah keluar dari jantung |
Saiz lumen |
Kecil |
Ketebalan dinding |
- Tebal
- Berotot
- Kenyal
|
Injap |
Tiada |
Aliran darah |
Cepat dan di bawah tekanan sangat tinggi |
Jenis darah yang diangkut |
Darah beroksigen kecuali arteri pulmonari |
Sistem peredaran darah manusia:
-
Sistem peredaran darah manusia merupakan sistem bertiub yang tertutup yang dipam ke seluruh badan
-
Sistem peredaran ganda dua
-
Peredaran pulmonari – darah diangkut dari jantung ke peparu dan kembali semula ke jantung
-
Peredaran sistemik – darah diangkut dari jantung ke bahagian badan lain (kecuali peparu) dan kembali semula ke jantung
Tekanan darah:
|
Bacaan sistolik |
Bacaan diastolik |
Tekanan darah rendah |
Di bawah 90 |
Di bawah 60 |
Normal |
90 – 120 mmHg |
60 – 80 mmHg |
Pra tekanan darah tinggi |
120 – 139 mmHg |
80 – 89 mmHg |
Tekanan darah tinggi |
140 – 160 mmHg |
90 – 100 mmHg |
Sistol dan diastol:
-
Apabila jantung berdenyut, terdapat dua fasa iaitu fasa diastol dan fasa sistol
-
Fasa diastol – ventrikel mengendur dan darah mengisi ventrikel
-
Fasa sistol – ventrikel mengecut dan darah mengisi ventrikel
-
Bunyi lub dub terhasil daripada injap trikuspid dan bikuspid tertutup (lub) dan injap sabit tertutup (dub)
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung nadi:
Jantina |
Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki kerana saiz badan kecil dan jisim otot yang kurang |
Umur |
Kadar denyutan nadi yang normal untuk remaja ketika rehat ialah 75/min dan lebih rendah untuk warga emas |
Kadar kesihatan |
Individu yang sihat mempunyai kadar denyutan nadi yang rendah ketika rehat |
Kecergasan aktiviti |
Semasa melakukan aktiviti cergas, kadar denyutan nadi meningkat |
Langkah penjagaan jantung:
-
Kurangkan garam dan gula dalam makanan
-
Kawal tekanan darah dan diabetes
-
Kerap bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu
-
Makan sayur-sayuran dan buah-buahan