Homeostasis dalam Benda Hidup

 
3.1  Homeostasis dalam Benda Hidup
 
Definisi
Homeostasis ialah pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu organisma 
 
Proses kawalan homeostasis
 

Kepentingan kawalan homeostasis:

  • Kawalan atur kandungan air
  • Kawalan suhu badan
 
Kawalan atur kandungan air
 
 
Kawal atur suhu badan
 

Suhu normal \((37^\circ\text{C})\)

Lapisan kulit semasa suhu persekitaran tinggi dan suhu persekitaran rendah:
 
Suhu persekitaran tinggi
  • Kelenjar peluh menghasilkan lebih banyak peluh bagi menyejukkan kulit apabila peluh tersejat
  • Bulu roma condong untuk mengurangkan udara terperangkap pada kulit supaya haba mudah dibebaskan
  • Bulu roma condong

 

Suhu persekitaran rendah
  • Buku roma menegak supaya dapat memerangkap satu lapisan udara yang bertindak sebagai penebat haba
  • Salur darah mengecut untuk membolehkan lebih banyak darah menjauhi kulit bagi mengurangkan pembebasan tenaga haba

 

 
Homeostasis dalam Haiwan
 
Contoh haiwan Cara homeostasis
Kucing Menjilat bulu di badan supaya suhu berkurangan
Anjing Menjelirkan lidah supaya suhu badan berkurangan
Cicak

Persekitaran yang sejuk

  • Aktiviti badan menjadi perlahan
  • Otot berfungsi pada kadar yang perlahan
  • Pergerakan menjadi perlahan
  • Kadar metabolisme rendah
  • Suhu badan menurun

Persekitaran yang panas

  • Jantung berdegup dengan cepat
  • Pergerakan menjadi lebih pantas
  • Kadar metabolisme cepat
  • Suhu badan meningka
Siput babi Menghasilkan bendalir dan mencari tempat lembap untuk mengurangkan penyejatan air
Lebah Menutup spirakel antara dua gerakan pernafasannya untuk mengurangkan kehilangan air
 
 
Homeostasis dalam Tumbuhan
 
Definisi
Transpirasi ialah kehilangan air daripada daun dalam bentuk wap air ke persekitaran melalui stoma
 
  • Transpirasi membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air dan mineral dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan
  • Penyejatan air daripada daun menyejukkan tumbuhan pada hari panas
 
Definisi
Stoma ialah sel-sel pengawal mengawal pembukaan dan penutupan stoma. 
 

 

Pada waktu siang: stoma terbuka supaya lebihan air tersejat daripada daun melalui transpirasi
 
Pada suhu yang terlalu tinggi: stoma akan tertutup untuk mengurangkan air yang tersejat daripada daun melalui transpirasi
 
 
 

Kepentingan Homeostasis kepada Manusia dan Benda Hidup:

  • Menyediakan satu keadaan optimum dalam badan
  • Persekitaran dalam badan dapat dikawal dan dikekalkan dalam keadaan seimbang dan stabil.