16: Kerajaan Uthmaniyyah

16  Kerajaan Uthmaniyyah
Sejarah Kerajaan Uthmaniyyah Huraian
Tempoh Pemerintahan 1299M-1924M
Asal Nama Kerajaan Bersempena nama Uthman bin Ertughrul, iaitu pengass Kerajaan Uthmaniyyah
Pusat Pemerintahan
  • Sogut (1299-1355) M
  • Bursa (1335-1363) M
  • Edirne (1363-1453) M
  • Istanbul (1453-1924) M
Pemerintah Pertama Sultan Uthman bin Ertughrul
Kawasan Pemerintahan Meliputi sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika
Bilangan Pemerintah 37 orang
Antara Pemerintah yang Terkenal
  • Sultan Uthman bin Ertughrul
  • Sultan Murad I
  • Sultan Muhammad Al-Fatih
  • Sultan Sulaiman Al-Qanuni
Pemerintah Terakhir Sultan Abdul Majid II

 

 
 Ketokohan Sultan yang Terkenal Huraian
Uthman bin Ertughrul
  • Nama Penuh: Uthman bin Ertughrul
  • Tarikh Lahir: 656 H / 1258 M
  • Tarikh Mangkat: 726 H / 1326 M
  • Tempoh Pemerintahan: 27 tahun
  • Jawatan: Pemerintah pertama Kerajaan Uthmaniyyah
  • Sumbangan:
  1. Menyatukan Wilayah Anatolia selatan setelah ditinggalkan oleh Byzantine.
  2. Mengisytiharkan kemerdekaan Anatolia daripada Kerajaan Saljuk.
  3. Mengasaskan Kerajaan Uthmaniyyah.
Murad I bin Orhan
  • Nama Penuh: Murad I bin Orhan
  • Tarikh Lahir: 726 H / 1325 M
  • Tarikh Mangkat: 791 H / 1388 M
  • Tempoh Pemerintahan: 30 tahun
  • Jawatan: Pemerintah ke-3 Kerajaan Uthmaniyyah
  • Sumbangan:
  1. Membentuk pasukan Janissary.
  2. Memodenkan angkatan tentera laut.
  3. Menjadikan Edirne sebagai ibu nagara.
Muhammad Al-Fatih bin Murad II
  • Nama Penuh: Muhammad Al-Fatih bin Murad II
  • Tarikh Lahir: 833 H / 1429 M
  • Tarikh Mangkat: 886 H / 1481 M
  • Tempoh Pemerintahan: 31 Tahun
  • Jawatan: Pemerintah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah
  • Sumbangan:
  1. Membuka Kota Constantinople pada tahun 857 H / 1453 M.
  2. Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary.
  3. Mewaqafkan Aya Sofia sebagai masjid dan membina Kompleks Al-Fatih.
Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I
  • Nama Penuh: Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I
  • Tarikh Lahir: 900 H / 1494 M
  • Tarikh Mangkat: 974 H / 1566 M
  • Tempoh Pemerintahan: 48 tahun
  • Jawatan: Pemerintah ke-10 Kerajaan Uthmaniyyah
  • Sumbangan:
  1. Membuka Belgrade.
  2. Membuka Algeria dan Tunisia.
  3. Menyusun Undang--undang yang dikenali sebagai Kanunname.
  4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis yang merupakan sebuah kuasa besar.

 

Faktor Kegemilangan Huraian
Pentadbiran
  • Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama dan hakim tertinggi.
  • Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran.
  • Penguasaan laluan di antara benua Eropah dengan benua Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus.
Keilmuan
  • Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, kesenian seni bina dan teknikal.
  • Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keagamaan.
Sosial
  • Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
  • Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
  • Sistem waqaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan kesihatan.
Ketenteraan
  • Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara.
  • Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan dan kelengkapan senjata.

 

Faktor Kemerosotan
  1. Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah dalam peperangan.
  2. Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi.
  3. Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah menyebabkan negara tidak stabil.
  4. Kelemahan sistem pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara.
  5. Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan putera-putera raja untuk mendapatkan kuasa

 

Iktibar daripada Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah
1.Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar
2.Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
3.Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya daripada man ni
4.Kita hendaklah seniiasa berpegang pada ajaran islam supaya hidup diberkati Allah SWT.
5.Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.