Rasulullah mendirikan solat sunat gerhana matahari dengan khusyuk, pada sujud terakhirnya baginda menangis kerana berasa takut Allah menurunkan azab. Rasulullah merintih dengan bersabda: "Wahai Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji kepada aku untuk tidak mengazab mereka, pada ketika aku ada bersama-sama mereka? Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji kepada aku, untuk tidak mengazab mereka, apabila mereka memohon ampun? Sekarang kami sedang memohon ampun kepadaMu". (Sunan Abu Daud: Kitab al-Solah)
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, pernah menziarahi seorang lelaki yang sedang terlantar. Rasulullah SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika itu, lelaki itu memberitahu baginda, bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah dan merasa sangat takut, akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang hamba Allah, pada ketika itu melainkan Allah memberikan apa yang diharapkan dan menyelamatkan daripada apa-apa yang ditakutkan". (Riwayat at-Tirmizi)
Evaluate your academic performance through detailed report